Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 30 March 2014

@AnwarIbrahim Gagal Membuktikan Mana Negara Yang Amalkan Politik Ala PKR @MpKotaBelud @PakatanRosak




PKR kian tidak rasional apabila pemilihan jawatan presiden parti itu bakal menjadi rebutan antara Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga penyandang jawatan Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara ini apabila suami dan isteri berentap untuk merebut jawatan yang sama.

"PKR ini sudah jadi parti yang tidak rasional, yang pada saya begitu kucar-kacir sekarang ini. Mana ada dalam sejarah isteri (dan) suami bertanding satu jawatan. Mungkin Anwar boleh tunjuk mana negara yang mengamalkan (ini), isteri, suami, anak lagi (bertanding).

"Dia tuduh kita nepotisme tetapi itu adalah nepotisme terbesar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud serta penyampaian elaun sara hidup kepada nelayan Kota Belud di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu. - Bernama

No comments:

Isu Terkini

get this widget here