Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 29 March 2014

#BedroomMove @AnwarIbrahim @WanAzizah laki binipun berebut jawatan Presiden PKR


Apabila melihat senarai pencalonan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang diumumkan sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentang isterinya, Wan Azizah wan Ismail bagi jawatan Presiden.

Bagaimanakah mereka yang terdiri daripada anak-anak Malaysia yang terpelajar boleh redha dan menerima bahawa jawatan Presiden PKR ditandingan oleh pasangan suami-isteri paling liberal ini? Logik akal mana yang boleh merelevansikan pertarungan ini?

Bukankah lebih mudah jika Anwar sahaja yang bertanding dan menang percuma? Atau Azizah sahaja yang bertanding kerana selama ini pun Azizah menjadi Presiden, Anwar yang membuat keputusan.

Justeru pertandingan ini bukan sahaja memalukan bahkan meloyakan. Bayangkan jika ia terjadi dalam UMNO, Najib Razak menentang Rosmah Mansor. Mahu satu dunia kecoh dan heboh kononnya berantakan keluarga Perdana Menteri berebut jawatan Presiden parti.

Selain itu, anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah turut bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Maka jadilah parti ini seperti Parti Kaldaian Rakyat. Anwar menggunakan PKR untuk mengkaldaikan penyokongnya sahaja.

Hanya satu kesimpulan yang dapat saya buat ialah, penyokong dan pendokong PKR ini merupakan antara manusia paling bodoh sahsiah politik dan tiada maruah diri di kalangan mereka.

Jika maruah parti dan politik mereka gadaikan untuk Anwar Ibrahim, apakah tidak mustahil mereka juga akan menggadaikan agama, bangsa dan negara.


Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru bian, Datuk Mansur Othman, Fuziah Salleh, Suresh Kumar, N Surendran Nagarajan, Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, dr Shanmugam Rangasamy, Dr Sretharam Sinnasamy, Mohd rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Nurul Izzah Anwar, Dr Xavier Jayakumar, Sam Iskandar Md Akin, dan Tian Chua.

Share this:

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak dapat bayangkan macamana agaknya lenggok hujah ketika berkempen nanti.

...."undilah saya kerana saya lebih layak daripada suami saya..." ?????

...."undilah saya kerana isteri saya sebenarnya tidak pernah mahukan jawatan Presiden... saya yang suruh dia pegang selama ni.. berilah dia berehat..." ????


Dan Tian Chua nak dua jawatan sekaligus?

hmmmm....???#$@%^????

Anonymous said...

Diktator yang berselindung disebalik demokrasi. Azmin kena checkmate ngan Anwar. Sampai mati la kau cium bau jubur Anwar.. Yang macai-macai PKR pun dungu bongok. Tak kan tak boleh fikir secara rasional. Oops mungkin tak faham apa makna rasional pun..
Gua respect Karpal!

Isu Terkini

get this widget here