Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac. – 7 Mac, 2014.
Datuk Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.
Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.
"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”
No comments:
Post a Comment