Dalam pada itu YAB Perdana Menteri sudah mengarahkan agar "semua langkah yang boleh, diambil" bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang hari ini ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.
"Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH730. Saya sudah meminta agar semua langkah yang boleh, diambil," kata Najib menerusi Twitter.
Penerbangan MH730 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. - BERNAMA
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi hari ini, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, katanya dalam sidang akhbar.
Ahmad Jauhari berkata pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah mengaktifkan operasi mereka di Laut China Selatan di sepanjang sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam semasa hubungan dengan pesawat itu terputus.
"Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu. Dan mereka masih berusaha. Kita perlu menunggu keputusannya.
"Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China. Kita terputus hubungan pada kira-kira 2.40 pagi, itu hubungan radar.
"Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment