Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 2 April 2014

#BedRoomMove NAJIB TIDUR TAK LENA ANGKARA @AnwarIbrahim @LimGuanEng



Tidak ada sebarang pampasan atau rumah ganti dijanjikan, membuatkan pemilik rumah di Kebun Bunga, Abdul Najib Darus, 59 tahun, kini tidak dapat tidur lena.


Dia diarah untuk mengosongkan rumahnya semalam tetapi Najib enggan berbuat demikan sehingga kerajaan negeri memberikan pampasan atau rumah ganti kepadanya. Najib berkata, dia akan terus mempertahankan rumah pusaka peninggalan keluarganya itu dan bertekad tidak akan berganjak selagi tidak ada ‘hitam putih’ dari kerajaan negeri.


“Saya lega kerana Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP tidak datang hari ini untuk merobohkan rumah saya cuma khuatir mereka akan datang bila-bila masa dalam sehari dua ini. Perkara ini membuatkan saya sekeluarga runsing dan tidak mampu tidur lena mengenangkan nasib bakal kami hadapi,” katanya ketika ditemui oleh Isu Terkini di kediamannya.








Menurutnya, selepas dia dan ahli keluarga membuat perhimpunan aman di perkarangan masjid Simpang Enam Jumaat lalu bagi membantah tindakan zalim kerajaan negeri dan menyerahkan memorandum kepada pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.


Najib, penyokong tegar Pakatan Rakyat berkata, dia sudah buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mengadu nasib.

"Di manakah kami sekeluarga bakal berteduh sekiranya rumah dirobohkan? Saya kecewa kerana kerajaan negeri gagal membantu kami. Mana slogan kerajaan negeri berjiwa rakyat? Mana janji mereka yang mahu membela nasib rakyat?," soalnya. .


Sementara itu, tinjauan di perkarangan rumah Najib mendapati terdapat tiga kain rentang yang dipasang menggambarkan perasaan kesal mereka terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng.


Sebelum ini, Isu Terkini melaporkan, kekecewaan Najib setelah parti yang disokongnya selama ini, PAS dan kerajaan negeri gagal membantunya menyelesaikan isu rumah pusakanya.


Dia bersama ahli keluarganya telah tinggal di kawasan itu sejak 80 tahun lalu.

Klik di sini

No comments:

Isu Terkini

get this widget here