Bila kita membicarakan soal misteri MH370 sebenar yang lebih misteri adalah teori perisikan kuasa besar, walaupun kisah ini membuka lembaran baru dalam lipatan sejarah yang mana operasi pencariannya melibatkan suku muka bumi dan melibatkan 26 buah. Dengan pelbagai teknologi yang canggih dan belum pernah di pakai dari mana-mana operasi mencari tragedi kapal terbang lain. Tetapi ada pelbagai soalan yang dunia timbulkan terutama dari kalangan parti pembangkang Malaysia.
Kenapa pada awal kejadian, kita lambat mendapat pendedahan radar dari negara jiran di Asean? Masalah utama Asia tidak mempunyai struktur kesepakatan pertahanan serantau ala NATO, walaupun beberapa negara mempunyai pakatan rasmi dengan Amerika Syarikat. Walaupun Malaysia sebagai Anggota Komanwel, atau apa jua pakatan tetapi tidak untuk membincang prihal pertahanan apatah krisis seperti MH370 atau lain-lain. Memang benar Malaysia sering menjadi orang tengah dalam pelbagai rundingan kemelut politik negara jiran, tetapi ini adalah fasa kehebatan terbaru Malaysia iaitu diplomasi kuasa besar.
Pada awal kekangan MH370, tidak semua negara-negara jiran Malaysia mahu mendedahkan sumber radar mereka kepada Malaysia. Kerana isu ini melibatkan soal pertahanan negara masing-masing. sebab itulah operasi MH370 pada awalnya agak tersekat-sekat. Tidak ada negara yang sanggup abaikan rahsia keselamatan negaranya demi membantu negara lain hadapi krisis.
Tetapi tidakkah rakyat Malaysia sedar bagaimana Datuk Seri Najib berupaya menggunakan diplomasi antara negara dengan baik bagi menyelesaikan kekangan ini? Hasilnya kita dapat merumuskan kemana lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi.
Itupun ada pihak yang masih pertikaikan terutama dari Pakatan Rakyat. Walhal kita tahu negara-negara besar bersetuju dengan rumusan lokasi terakhir oleh Najib Razak.
Apabila lokasi berubah, bagaimana untuk mencari MH370 dan kotak hitam? Dimanakah lokasi yang tepat, pada kawasan 59,000 kilometer persegi keluasan laut dengan dicampurkan faktor kekangan kedalaman dasar laut yang tersembunyinya kotak hitam. Itu belum bercampur faktor cuaca dan sebagainya.
Inilah satu misi paling sukar. Berdasarkan situasi dan sejarah, hanya Amerika satu-satu negara yang dapat membantu. Kerana Amerika satu-satu negara mempunyai sumber teknikal yang mampu mendapatkan semula MH370 mahupun kotak hitam.
Pada 2009 dalam operasi selama 2 tahun, Amerika Syarikat telah berjaya membawa keluar bangkai Air France 447 di kawasan kemalangan terpencil di Atlantik Selatan. Sebab itulah pentingnya dan bertuahnya Malaysia mendapat bantuan Amerika dalam misi mencari MH370.
Walaupun bergitu Malaysia tetap tidak boleh abaikan bantuan negara lain dan tidak juga boleh mengabaikan peranan China kerana mereka juga mempunyai teknologi yang mungkin dunia belum tahu. Malah sebahagian besar penumpang adalah warga China. Sudah tentulah ini melibatkan hubungan baik Malaysia China untuk jangka panjang.
Tetapi ini juga satu kekangan melibatkan geopolitik dunia kuasa besar yang saling bersaing teknologi dan sudah pasti ada yang mahu merahsiakan sesuatu demi pertahanan terutama melibatkan antara China dan Amerika, malah mungkin kita boleh kaitkan sikit soal kesempatan Rusia yang memerhati.
Situasi krisis politik antara China, Rusia dan Amerika termasuk sekutunya, boleh dilihat dari sudut mengintai keupayaan setelit, keupayaan peluru perpadu, kekuatan tentera dan kekuatan perisikan antara mereka. Ini membuktikan ada satu krisis secara diam antara kuasa negara besar tersebut.
Kesimpulannya setiap negara yang menyertai SAR, hingga melibatkan lebih 60 pesawat dan kapal. Bukan sesuatu yang mudah untuk dipinta oleh Malaysia. British menghantar kapal selam Nuklear. Tetapi tidak mustahil Amerika dan China mungkin juga ada menghantar dari lokasi rahsia yg tidak diumumkan. Kerana ini soal persaingan kuasa tentera dari kuasa besar dunia. Tidak mustahil antara kuasa besar ini saling merisik sesama sendiri.
Persoalanya bagaimana Najib Razak untuk memastikan kekangan krisis politik antara negara yang datang membantu Malaysia terutama dari kuasa besar?. Di sinilah kekuatan sebenar Najib Razak untuk memainkan peranan diplomasi bagi memastikan misi terus berjalan. Bukan setakat itu Najib juga terpaksa hadapi pelbagai isu luar membabitkan keluarga mangsa, serangan propaganda media luar dan dalam dan pelbagai isu lain termasuk tanggungjawap Najib kepada negara yang hakiki.
Ini bukan kerja mudah dan iyanya lebih sukar dari melayan karenah bodoh Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya Malaysia mampu membuatkan mereka ketepikan krisis antara mereka dan memberi permerhatian khusus dalam misi mencari MH370. Sekurang-kurangnya teknologi yang dihantar lebih hebat dari mana-mana misi menyelamat nahas pesawat sebelum ini.
Oleh itu pada PPM, memang tepatlah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein “we have conducted ourselves fairly, responsibly and history will judge us for that" “I don’t think we could have done anything different from what we have already done.” Well done!
Tetapi kasihannya buat Najib dan Hishammuddin yang bekerja keras, tetapi sering menjadi sasaran Pakatan Rakyat meraih kuasa politik dengan menyebarkan fitnah kerajaan menyembunyikan sesuatu.
Iya mungkin kedua-duanya menyembunyikan sesuatu, tetapi sesuatu yang kita tidak dapat bayangkan bagaimana sukarnya mereka untuk memastikan operasi MH370 terus bergerak tanpa terhenti. ADAKAH INI SESUATU YANG MUDAH UNTUK DILAKUKAN OLEH SEMUA ORANG DI MALAYSIA?
Apa yang perlu rakyat Malaysia fahami ini bukan satu kerja mudah. Dan berikan sokongan padu kepada Perdana Menteri Malaysia.
No comments:
Post a Comment