Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 20 April 2014

Tun Dr Mahathir Sedap Je Balun Anwar Ibrahim




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pertembungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sandiwara politik semata-mata.

Dr. Mahathir berkata, Anwar sentiasa ‘bersandiwara’ dan perkembangan terbaharu itu juga merupakan salah satu daripada sandiwara Ketua Pembangkang itu.

“Semuanya adalah sandiwara, apa yang berbeza agendanya sahaja. Beliau nak jadi Perdana Menteri di atas pentas bolehlah.

“"Saya boleh baca rentak politik beliau. Apa yang saya tahu Anwar ini penipu besar," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PKR antara Anwar serta Wan Azizah yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga secara sinis menyindir Anwar berhubung kenyataannya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam masa satu saat.

“"Saya dengar beliau kata mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam masa satu saat sahaja, masih banyak lagi saat yang ada, buatlah," jelas beliau.

Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian.

Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya DrMim


4 comments:

Anonymous said...

Pondek Pondan yg bernama Madir Kuti mempunyai kekebalan dari Mahkamah yg dia punya , Babi betui, sehingga dia mati kekebalan ini ada, selepas mati dia tu sampah je.

Anonymous said...

anon 15:11
kamu tahu ke kamu hidup dapat makan dapat belajar dapat beli computer dapat menghentam orang lain lain dengan kata kata bodoh kamu sebab ada pemimpin macam tun,tun razak, tun Husain onn,tengku, sapalah kamu yang menidakkan pemimpin itu, kamu mesti anak yang cuma tahu makan burger dan Kentucky, tak merasa susah, kalau ini lah hasil didikan mak bapak kamu, patut lah kamu anak beranak tak ada maruah, keluarga haprak,..ini semua ajaran anwar, semua orang kawan rapat anwar menolak anwar, kenapa tidak kamu, sebab otak batu?? otak kayu??.

Anonymous said...

Anon 15.11 tu tak lain RBA la tu.. apa lagi.. dptkan ip address dia dan tangkap atas menghasut

Anonymous said...

dah taksub terlebih dgn dakyah pmbangkang la anon 15.11 tu yg jadi bahasa tunggang lggang maki org bagai xde pegangan agama.

Isu Terkini

get this widget here