Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 10 May 2014

Besediakah Kita Untuk Melihat Hujan Meteor Pada 23 - 24 Mei 2014 Di Malaysia



Kuala Lumpur, 9 Ogos – Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.

Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa di rujuk Astronomi.Angkasa.Gov.My atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here