Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 3 June 2014

Nah Notis Saman PM kepada #Malaysiakini dah keluar



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu oleh Najib atas kapasiti peribadi beliau dan dinamakan sebagai plaintif kedua sementara Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.

Mereka menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan; dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.

Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.
 Utusan Melayu

No comments:

Isu Terkini

get this widget here