Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 2 July 2014

#Mh370 Misteri gangguan peralatan di kokpit

Penyiasat yang melakukan siasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 mungkin menemui bukti baharu berhubung dengan gangguan peralatan di kokpit pesawat berkenaan.

Laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang itu mengalami 'misteri' gangguan kuasa elektrik di peringkat awal penerbangan, yang dipercayai oleh pakar sebagai sebahagian daripada cubaan untuk mengelakkan pengesanan radar.

Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat terbabit melakukan permintaan ‘log-on’ secara tidak dijangka kepada satelit kurang daripada 90 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Laporan itu menyatakan permintaan log-on itu, yang juga dikenali sebagai ‘handshake’, kemungkinan berpunca daripada gangguan kuasa elektrik di atas pesawat.

David Gleave, pakar keselamatan penerbangan daripada Universiti Loughborough, berkata gangguan kepada kuasa elektrik itu nampak seperti ada seseorang di kokpit cuba mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Tindakan itu, katanya, adalah konsisten dengan cubaan untuk menutup sistem komunikasi dan sistem lain dalam cubaan untuk mengelakkan pengesanan radar.

“Mungkin ada orang melakukan sesuatu di kokpit yang menyebabkan gangguan elektrik.
“Ia juga mungkin perbuatan disengajakan untuk memadamkan kedua-dua enjin untuk tempoh tertentu. Dengan melakukan gangguan di kokpit, anda boleh memadamkan kuasa elektrik buat sementara dan memasangnya semula apabila memerlukan sistem lain bagi menerbangkan pesawat itu,” katanya dalam The Telegraphh bertarikh 29 Jun lalu.

Inmarsat, syarikat rasmi yang ditugaskan menganalisis data penerbangan MH370 itu, mengesahkan andaian berkenaan tetapi tidak tahu kenapa pesawat terbabit mengalami kegagalan elektrik.

“Nampaknya memang ada kegagalan kuasa elektrik dua kali,” Chris McLaughlin, daripada Inmarsat memberitahu The Telegraph.

“Ia adalah satu misteri kecil. Kami tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku. Kami tidak tahu kenapa. Kami hanya tahu ia berlaku.”

Laporan dari Australia itu mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 itu cuba log on ke satelit Inmarsat pada 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Pesawat itu tersasar ke utara pulau Sumatera, walaupun penerbangan asal akan membawanya ke destinasinya di Beijing namun ia tidak membuat pusingan ke selatan menghala ke Lautan Hindi.

Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log on hampir enam jam kemudian, walaupun ia adalah yang ketujuh dan handshake terakhir, yang dipercayai berpunca daripada pesawat berkenaan kehabisan minyak dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di selatan Lautan Hindi.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here