Memang sudah menjadi tabiat buruk PKR dengan amalan PKR mencipta spekulasi skandal untuk menjatuhkan musuhnya dan termasuk kepada mana-mana ahli PKR yang gagal menurut kemahuan nafsu AnwarIbrahim. Cubalah Khalid Ibrahim menurut kehendak nafsu keluarga Anwar gerenti tidak timbul skandal 66juta!!
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).
Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.
"Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat.
"Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah pangsa di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.
No comments:
Post a Comment