Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 16 November 2014

DAP Bakal Halang Pemimpin BN Memasuki P.Pinang Selangor


Itu Belum Berkuasa Penuh Lagi - PENYOKONG DAP DARI TAIWAN CADANGKAN GUAN ENG HARAMKAN PEMIMPIN2 BN MEMASUKI SELANGOR DAN PULAU PINANG !!!
Para penyokong DAP kata, DAP Pulau Pinang wajib mengharamkan para pemimpin BN dari memasuki Pulau Pinang dan Selangor kerana Ambiga telah diharamkan daripada memasuki Sabah.
Komen2 seperti ini mendedahkan bahawa para penyokong DAP itu sebenarnya bukanlah dari Malaysia atau tidak pernah belajar sejarah atau mengetahui tentang kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Malah kebodohan mereka itu juga, jelas menunjukkan yg mereka adalah upahan dari Taiwan.
Lim Guan Eng dan DAP memberi amaran kepada Barisan Nasional Sabah, kemarahan akan tercetus selepas Ambiga tidak dibenarkan memasuki Sabah.
Untuk pengetahuan, Ambiga juga telah diharamkan daripada memasuki Sarawak pada 2011 dan pengharaman tersebut masih berterusan sehingga kini tetapi seperti yg kita lihat, tiada sebarang 'kemarahan' seperti yg dikatakan oleh Lim Guan Eng di kalangan pengundi2 Sarawak pada PRU-13 tahun lepas.
Sementara itu adakah, Guan Eng dan DAP sangat kuat memprotes dan mempertahankan hak Ibrahim Ali, para pemimpin PERKASA dan ISMA sebagaimana yg mereka lakukan ke atas Ambiga?
Kedua, adakah Pulau Pinang dan Selangor telah menandatangani 18/20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau sebaliknya? Kalau tiada, bagaimana hendak hendak menghalang orang lain daripada memasuki negeri itu.
Perkara 6 daripada 18/20 Perkara Perjanjian adalah membabitkan Imigresen.
Mengawal dan memantau urusan Imigresen di mana2 bahagian Malaysia dari luar sememangnya kuasa Kerajaan Pusat, tetapi di Sabah dan Sarawak, untuk memasuki negeri itu juga memerlukan kelulusan dari Kerajaan Negeri.
Kerajaan Pusat tidak boleh memberikan kuasa pemutus kepada mana2 orang daripada memasuki Sabah/Sarawak apabila Kerajaan Negeri memutuskan bahawa orang berkenaan tidak boleh masuk atas alasan keselamatan.
Kerajaan Negeri Sabah/Sarawak juga berhak menghalang mana2 orang selain daripada yg disenaraikan oleh Kerajaan Persekutuan dari mana2 bahagian Malaysia memasuki Sabah/Sarawak.
Sumber - Buletin 247

1 comment:

Anonymous said...

Dah gila agaknya DAP ni?

Isu Terkini

get this widget here