Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 9 December 2014

#AktaHasutan Bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Boleh Mengajar Islam Terima Murtad

Sesuatu yang amat melampau apabila seorang Menteri di Jabatan menteri bercakap mengikut suka lepas sahaja tanpa mahu mendalami permahaman agama islam. Katanya:
Kebebasan beragama sebahagian daripada hak asasi manusia yang harus diguna pakai untuk semua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low. 
Katanya, walaupun beliau tidak dapat berhujah dengan pihak yang percaya keluar daripada Islam dilarang, semua orang sepatutnya boleh memilih agama yang mereka mahu. 
“Saya tidak dapat berhujah dengan aliran pemikiran (Islam) itu, tetapi mereka (orang Islam) sendiri harus lihat apa hujah bantahan mereka terhadap hak-hak individu. Mereka harus rujuk pada kitab mereka. 
“Tetapi daripada aspek hak asasi manusia sendiri, tanpa mengambil kira konteks sebarang agama, hak memilih adalah hak asasi manusia. 
“Saya tidak boleh syarahkan sesuatu yang saya tidak percaya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. 
Menghuraikan kenyataannya dalam forum berjudul “Keharmonian dalam perbezaan, pendekatan hak asasi manusia” hari ini, beliau menegaskan bercakap berdasarkan pengalaman peribadinya. CopyPaste Malaysiakini
Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sedangkan dia sendiri apa yang termaktub dalam perlembagaan negara Malaysia.

Bagaimana seorang Menteri Di Jabatan Menteri boleh dibenarkan bercakap melampau perlmebagaan yang termaktub? Apakah in tidak dikategorikan sebagai menghasut?

Sudahlah kita melihat bagaimana Azmin dan Anwar membantu penyerahan sumbangan di dalam sebuah dewan Gereja Holy Family di Kajang. Kita tidak mempertikaikan sekiranya bantuan berkenaan diberikan kepada penganut-penganut Agama Kristian tetapi ini membabitkan pihak gereja kepada orang islam. Apakah zakat di Selangor sudah tidak wujud lagi?

Sekarang ditambah dengan kenyataan Menteri dari Jabatan Menteri.

Sesungguhnya ulasan keterluan bergini boleh menimbulkan ketegangan yang sedia ada angkara Pakatan Haram dan lebih parah jika suara datang pula dari kalangan menteri di Jabatan Menteri.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here