Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 9 December 2014

Sindiran Halus @AnwarIbrahim @AzminAli Menghina Zakat Di Selangor

Tahniah Anwar Ibrahim dan Azmin Ali anda manusia yang agung dimasa kini kerana berjaya membentuk fenomena baru menghina pengurusan zakat di Selangor.

Adakah orang Muslim Selangor telah lupa bagaimana Teresa Kok mendesak Zakat selangor turut diberikan kepada orang cina?

Mungkin ini tidak mustahil bakal berlaku? Kerana semalam Anwar dan Azmin membantu pihak Gereja Holy Family di Kajang untuk menyampaikan bantuan kepada orang Islam yang memerlukan.

Perbuatan ini akan menjatuhkan matabat islam itu sendiri tertapi Anwar dan Azmin pusing cerita melalui slogan TOLAK PERKAUMAN DN HORMATI PERBEZAAN.

Persoalannya bukan islam itu sendiri ada kaedah Zakatnya? Kenapa harus merendahkan peranan islam dalam membantu umatnya?

Iya hari ini Anwar dan Azmin boleh bantu pihak gereja. Tidakkah nanti boleh timbul persoalan baru "Kenapa pihak gereja boleh mengeluarkan bantuan kepada islam tetapi Zakat islam tidak boleh membantu kaum cina?

Dan pada masa itu apa tindakan Azmin sebagai Menteri Besar baru sedangkan dia berani melangkau klausa undang-undang syariah Selangor yang menghalang penyebaran Bible berbahasa Melayu?

Dan di satu sudut lagi apa akan berlaku bila pengaruh yang berlaku kepada orang islam yang ditarbiah menjadi murtad?

Nampaknya kita sendiri merosakan apa yang kita ada demi politik temak kuasa...


No comments:

Isu Terkini

get this widget here