Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak pasti sama ada tiga parti dalam PR akan terus bersama dan bertahan sehingga PRU14 memandangkan masalah dalaman antara gabungan itu terus diperkatakan.
Kit Siang berkata, terdapat sesuatu yang tidak kena apabila pemimpin tertinggi PR tidak bermesyuarat selama enam bulan.
"Jika anda bertanya kepada saya, sama ada saya boleh mengatakan dengan tegas bahawa PR akan berjuang bersama-sama dalam PRU14, saya tidak boleh menjawab kerana saya sendiri tidak tahu.
"Ia tidak lagi menjadi rahsia bahawa ada perkara-perkara tidak berjalan dengan baik dalam PR.
Inikah yang Lim Kit Siang mahu sampaikan?
Tetapi menurut ayat-ayat terakhir Lim Kit Siang Katanya, jika kerangka bersama PR dan konsensus ini dilanggar, contohnya seperti isu hudud, PR akan membayarnya dengan harga yang besar dalam konteks hilang undi popular, kerusi parlimen dan Dun dan yang paling penting kehilangan keyakinan rakyat.
Oleh itu sebenarnya ada jawapan paling mudah yang patut PAS pertimbangkan. Sebagai contoh bagaimana Anwar hanya berdiamkan diri dalam segala hal yang perlu PKR penuhi kehendak DAP.
Satu contoh yang diikuti Azmin Ali hingga berjaya dengan bergitu mudah mendapat tempat sebagai seorang dihormati tanpa bantahan DAP.
Walaupun menjawat jawatan Menteri Besar Selangor melalui modus operandi pintu belakang dengan menikam Wan Azizah secara diam. Tetapi cukup praktik dan berjaya mendapat sokongan DAP secara mudah.
Caranya, PAS hanya perlu peka bagaimana Azmin Ali bersedia menurut kehendak-kehendak DAP dalam pentabiran negeri Selangor, bersifat keterbukaan walaupun kadang-kadang mencabar dengan agama dianutinya. Azmin berani melangkau undang-undang syariah Selangor demi memuas hati DAP dalam isu Bible Bahasa melayu.
Azmin berani menampil diri dalam gereja dengan membenarkan Gereja Holy Family di Kajang menyampaikan bantuan kepada orang miskin muslim di Selangor. Azmin berani membenarkan pembudayaan liberalisme yang terbuka untuk Selangor.
Oleh itu jika PAS mampu mencontohi PKR dengan menurut kehendak DAP tanpa bantahan. PAS akan diangkat lebih tinggi dalam dunia DAP.
Dan yang paling utama PAS harus berani mengorbankan cita-cita membentuk undang-undang Hudud malah membubarkan segala undan-undang syariah di Kelantan yang dianggap DAP mencabul hak asasi manusia.
PAS akan berjaya di dunia bersama DAP. Cuma beranikah PAS mengorbankan objektif islamnya untuk DAP?
No comments:
Post a Comment