Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 23 January 2015

Dalang Penyebab Masjid-Masjid P.Pinang Tidak Berani Laungkan Azan Subuh

Apa sudah jadi dengan Jabatan Agama yang bertangungjawap di Pulau Pinang sekira isu ini hanya dibiarkan bergitu sahaja? Sebagai sebuah negara Islam dan kedudukan Islam di Pulau Pinang di bawah Yang Dipertuan Agong. Ini sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Isu ini yang sebelum ini hanya menjadi tiup angin yang dinafikan DAP sekarang mula terbongkar sekali lagi apabila rialitinya di dedahkan freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam. 
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam. 
“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ. 
“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan. 
“Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat. 
“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya

Ini bukan isu pertama bagaimana kerakusan penganut dan penyokong biaDAP bertindak menghapuskan hak kedudukan islam di Malaysia. Malah lebih menyedihkan yang menjadi tali barut mereka adalah orang-orang islam itu sendiri. 

2 comments:

Anonymous said...

Jelas tindakan mereka ini Cuba menghapuskan Islam

Anonymous said...

Jelas sekali org melayu sudah gentar dng pendatang...

Isu Terkini

get this widget here