Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 6 January 2015

Muslihat Istihar Darurat Lim Kit Siang Untuk Lindungi Tokey Balak Dari Dipertanggungjawap

Kalau dimbas awal musim banjir melanda sekitar 18 Disember Lim Kit Siang punyalah lantang mengwar-warkan RCI Banjir Kelantan. Tidak ubah macam hero yang cuba mendedahkan apa sebenar punya menyebabkan banjir luar biasa Kelantan sehinggakan bantuan tergendala untuk sampai ke sasaran.

Motif utama Lim Kit Siang adalah untuk cuba memperburukan usaha DS Najib dengan bantuan pelbagai agensi gagal bertindak. Walhal Lim KIt Siang sendiri gagal untuk membantu mangsa banjir Kelantan. Itulah tulisan-tulisan Lim Kit Siang di Roketkini dengan memberi pelbagai cadangan untuk RCI Banjir Kelantan.

Tetapi itu hanya sekejap sahaja apabila PPM bersama blogger dan para media lain mula mendedahkan kaitan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah mengaku memeliki saham dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mempunyai 4000 hektar tanah pembalakan di Gua Musang ( sambung baca sini) 

Dan ketika itu juga media mula mendedahkan pelbagai gambar dan video menggambarkan beribu tan balak telah melanggar jambatan gua musang dan rumah-rumah rakyat kelantan termasuk yang bersepah-sepah di pinggir jalan dan dalam kampung-kampung yang dilanda banjir.

Walaupun MB Besar Kelantan dan berberapa proksi DAP dalam PAS cuba pusingkan cerita yang kononnya bukan balak punca banjir luar biasa kelantan. Tetapi video dan gambar balak bersepah cukup kuat menbongkarkan tembelang DAP dan PAS dalam sektor balak yang terbenam semasa 2012.

Sekarang adakah LIm Kit Siang berani sebut RCI Banjir? Nak cari mampus kalau Lim Kit Siang berkeras juga-juga hendak adakan RCI banjir. Jadi apa yang mereka sedang usahakan adalah cuba mendesak kerajaan istiharkan darurat.

Dengan mengistiharkan darurat bermakna Lim Kit Siang boleh selamatkan segala pekung yang tersembunyi terutama melibatkan kroni DAP. Lim Kit Siang cuba mencari jalan untuk menghancurkan pemerintahan DS Najib dengan agenda seterusnya apabila darurat benar-benar diistiharkan.

Hakikatnya apa guna untuk istiharkan darurat dikala banjir dahpun surut dan DS Najib telah umumkan peruntukan dana 50 juta dan dinaikan kepada 500 juta untuk membantu kesemua mangsa banjir di enam negeri. Sedangkan MB Kelantan mengumumkan semalam yang kelantan hanya perlukan RM52.5 juta sahaja untuk membaik pulih rumah yang rosak. Adakah tidak cukup dari agihan RM500 juta yang DS Najib Umumkan.

Persoalannya sekarang kenapa Rafizi Ramli yang pakar membongkar segala skandal tidak mahu mendedahkan skandal pembalakan di Kelantan.

Kenapa tiada pihak dari DAP nahupun PAS PKR cuba mendesak setiap tokey balak di Kelantan perlu bertangungjawap memnyumbang dana baik pulih kerosakan di Kelantan. Kenapa? Adakah kerana kebanyakannya adalah dari kaum kroni DAP?

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum... Hrp tuan dpt menggunakan font dan warna background yg sesuia utk memudahkan membaca...selalu bila bukak terpaksa tutup balik sebab tak boleh baca... Sekian

Anonymous said...

Assalamualikum...

Saya juga pohon seperti anon di atas agar di tukar font dan latar belakang. Tak perlu fancy-fancy sangat. Amat sayang jika pembaca terasa lelah untuk membaca lalu malas untuk kembali lagi ke sini.

Balik ke topik sebenarnya BAGUS KALAU DARURAT.

1) Dewan Perundangan Kelantan di gantung

2) Ketua Eksekutif Kelantan di gantung termasuk exco

3) Akta Kuasa-kuasa darurat di bentang di lulus di parlimen

4) Melalui akta tersebut Pentadbir Persekutuan boleh melantik seorang penjawat awam untuk mentadbir Kelantan bagi pihak TUanku Sultan (MB exco tergantung).

5) Waktu tu siasatlah habis-habis

6)Peganglah sampai Pilihanraya akan datang jika Tuanku Sultan Kelantan berkenan atau buatlah Pilihanraya awal atau kalau semua dah selesai kembalikan semuala ke pada MB dan gang-gang kuasa Pentadbiran Kelantan.

Rujuk ke kes Daruarat Kelantan 1977 untuk perbandingan.

Terimaksih dan jangan lupa tukar font dan BG ye

Isu Terkini

get this widget here