Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 25 February 2015

Anwar Mohon Pengampunan #Liwat2 Tanpa Bersalah Strategi Mirip #kajangMove

Disaat-saat akhir tempoh pengampunan Anwar telah mengarahkan keluarganya membawa surat permohonan keampunan dari Yang Di-Pertuan Agong.

Tetapi Anwar bukan memohon kerana dia mengaku bersalah walaupun sepatutnya seseorang yang mahu memohon keampunan perlu menginsafi perbuatannya.

Tetapi Anwar memohon melalui permohonan atas dasar dia tidak bersalah dengan hukuman yang dia jalani.

Nurul Izzah berkata, beliau kini berada Parlimen untuk menyerahkan surat rasmi mengenai pengampunan diraja itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 
Nurul Nuha mengesahkan kepada Malay Mail Online, permohonan itu telah dibuat.
“Satu rayuan bagi pengampunan Agong sudah dibuat. Mahkamah mungkin mengeluarkan keputusan bersalah tetapi bapa kami, dan kami sekeluarga terus menyatakan beliau tidak bersalah. 
Semalam adalah tarikh akhir bagi Anwar untuk memohon pengampunan Agong yang akan menangguhkan perlucutan kerusinya berkuatkuasa hari ini berikutan hukuman lima tahun yang dibuat pada 10 Februari lalu. 
Speaker parlimen sebelum berkata, Anwar akan hanya dilucut taraf wakil rakyat 14 hari selepas 10 Februari, berdasarkan Perkara 48 Klausa 4 (a) Perlembagaan Persekutuan.
Yang pasti proses ini bakal menghalang rakyat Pematang Pauh untuk mendapat hak seorangWakil Parlimen yang mewakili suara mereka. Kerana apa Anwar peduli soal ini.

Tetapi jika difikirkan kebali. Proses untuk mengaku tidak bersalah Anwar telah lalui dengan gagal memamfaatkannya dengan sebaik-baiknya sila rujuk pautan ini atau baca di Fanpage PPM.




Sekarang adalah proses dimana Anwar ada dua pilihan iaitu:

1. Jika Anwar mampu membawa bukti yang dia di aniayai ke Mahkamah tetapi tiada satupun dalam Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian melainkan dari omong-omong kosong.



2. Anwar mengaku dan menginsafi perbuatannya dan mendapat pengampunan dari Yang Di pertuan Agong.

Berdasar perkembangan terbaru ini menunjukan Anwar bakal mengulangi sejarah #KajangMove dimana ketika Sultan Selangor enggan merestui Wan Azizah sebagai MB Selangor. Anwar berani bermain api hingga mempertikai apa yang tidak sepatutnya dipertikaikan. Iaitu hak Sultan merestui atau tidak.

Dan sekarang jika Anwar hendak memohon pengampun sepatutnya Anwar insaf dan menyesali perbuatannya dan kalau ingin membersihkan nama Anwar perlu melalui proses mahkamah dengan menampil pelbagai bukti terbaru yang mampu membuktikan dia dianiayai.

Bila diperhatikan Tian Chua sudah mula menabur paku-paku besi telah menyerlahkan lagi apa rancangan seterusnya #March2Freedeom.

Seperkara yang penting proses pengampunan adalah proses yang bertujuan memendekan hukuman bukan proses membebaskan dari hukuman.

Fungsi Lembaga Pengampunan pulak membabitkan pelbagai pihak yang akan meneliti kelayakan persalah yang menyesali perbuatannya samada layak dipertimbangkan atau tidak untuk mendapat pengampunan. Bukan membebaskan dari pertuduhan.

PPM amat tertarik kepada hujah Tun Maharezza
Proses pengampunan ini memakan masa hampir 5 tahun dan lembaga pengampunan harus menimbang pengampunan tersebut berdasarkan laporan kesemua pihak terlibat ,secara umumnya , proses penyiapan sesuatu laporan drpd sesuatu jbtn itu memakan masa 1 tahun paling minima , dn proses kajian laporan juga memkan masa selama 1 tahun paling minima dn lain lain proses mungkin selama 1 tahun paling minima dan dicampur tempoh proses permohonan yg juga 1 tahun paling minima , 
secara amnya , sesuatu proses pengampunan tersebut memakan masa selama 5 tahun paling minima. 
maka itu , utk banduan yg dijatuhi hukuman selama 5 tahun ataupun 60 bulan ditolak pula dgn jumlah cuti selama 4 bulan utk 1 tahun maka tempoh hukuman bg banduan yg dijatuhi hukuman 5 tahun hnyalah 40 bulan ataupun 3 tahun 4 bulan ,ia tdk termasuk kemungkinan banduan ini diberikan parol setelah menjalani 2/3 tempoh hukuman drpd 40 bulan ini ataupun selepas 26 bulan drpd 40 bulan d maka itu pesalah ini hnya mungkin menjalani hukuman selama 30 bulan shj ataupun 2 tahun setengah. 
amat tdk realistik bnduan yg djatuhkan hukuman 5 tahun ini diberikan pengampunan oleh lembaga pengampunan. baca lebih detail disini Tun Maharezza
ADAKAH SEJARAH #KAJANGMOVE BAKAL BERULANG KE TAHAP LEBIH TINGGI? RASANYA TIDAK MUSTAHIL KALAU MERUJUK KEPADA ORANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM.

Bergitulah tahap terdesaknya Anwar sengaja manipulasi polisi untuk membebaskan hawa nafsunya.

Walau bagaimanapun perkembangan terbaru ini mendedahkan pembohongan Nurul Izzah yang mengatakan Anwar Tahanan Politik. Sekarang terbukti yang ini hanya satu rekaan semata-mata dimana..... Mana ada negara di dunia ini membenarkan dan memberi keistimewaan kepada tahanan politik untuk mendapat proses pengampunan.


Juga perkembangan terbaru ini membuktikan Anwar semakin terdesak apabila kempen March2Freedom terang-terang menunjukan kegagalan untuk meraihkan sokongan. Malah orang-orang PAS yang selalunya memenuhi setiap demo anjuran PKR...

Sekarng tiada seorangpun mahu menyertainya...

Dan perkembangan terbaru misi #SungaiBuluhMove boleh disifatkan berbahaya sekiranya proses bercanggah menjadi konflik yang bermotifkan kononnya Anwar benar-benar dianiayai dari level bawah hingga tahap paling tertinggi.

Institusi Raja apatah melibatkan Yang Di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dijadikan motif meraih simpati buat seseorang yang mengaku dirinya petriotik kepada negara. Apatah bekas TPM.

Paling berbahaya jika isu ini dipanjangkan hingga mendapat campur tangan kuasa asing, sekarang sudah nampak, terdapat juga rancangan keluarga Anwar mahu mendapatkan campurtangan luar seperti pautan di bawah:




Anwar telah pergunakan pelbagai kaedah termasuk melibatkan sesuatu yang ditegah oleh agama semuanya di bantainya.

Anwar akan berbuat apa sahaja untuk bebaskan diri. Tetapi sesuatu yang sinis jika diperhatikan. Anwar sering melebelkan diri sebaris dengan tokoh-tokon dunia seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi atau ramai lagi tetapi mereka tidaklah seteruk mereka sampaikan hendak menyanyikan lagu kebangsaanpun boleh dijadikan isu merengek macam budak-budak.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here