Bijaknya Guan Eng melindungi kezalimannya mengenakan cukai melampau secara pilih kasih kepada rakyat Pulau Pinang, dengan alih perhatian menyalahkan GST.
Para pembayar cukai akan ditimpa bala Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada bulan April- Guan Eng.
Ini adalah helah terbaik Lim Guan Eng menyembunyikan kaedah pencukaian yang menindas di Pulau Pinang.
Bagaimana layaknya Lim Guan Eng bercakap prihal cukai GST yang mempunyai kebaikan berganda berbanding sedai ada.
Sedangkan semenjak Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah mengalami lebih 3 kali kenaikan cukai yang berlipat kali ganda?
Pada masuk tahun 2015 sahaja Guan Eng telah menaikan lagi cukai tafsiran MPSP pada tahun 2014 ialah RM291.90. Pada tahun 2015, ianya dinaikkan kepada RM333.60. Iaitu peningkatan sebanyak 15%
Sepatutnya kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar cukai taksiran dan dikajian kenaikan cukai hanya dibuat pada setiap lima tahun sekali. Tetapi apa Lim Guan Eng buat hingga kenaikan dalam setahun sahaja berkali-kali.
Bukan itu sahaja yang naik tetapi turut naik pelbagai cukai lain iaitu tanah, rumah (8-9.5%), sewaan gerai medan selera (100%) termasuk paking keretapun Lim Guan Eng naikan. Sehingga MPPP dapat menambah pendapatan 20.46 juta pada tahun hadapan dengan kutipan RM180.9 juta berbanding R160.438 tahun 2014.
Kutipan MPSP pula meningkat kepada RM158.2 juta berbanding RM137.7 juta tahun 2014 iaitu peningkatan RM20.49 juta.
Sedangkan tanpa menaikan cukai Lim Guan Eng boleh menjalankan penguatkuasaan memungut tungakan cukai sebanyak RM 76.3 juta iaitu lebih berganda besar berbanding lebihan RM20.49 juta.
Tetapi Guan Eng sengaja mendiamkan diri termasuk mendiamkan diri kilang-kilang haram yang bercambah beropreasi di Pulau Pinang tanpa sedikitpun dijentik.
Sebenarnya apa motif kaedah pengurusan CAT ciptaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Dan bagaimana Lim Guan Eng layak menyelar GST zalim sedangkan dirinya amat zalim dan pilih kasih dalam mengenakan cukai di Pulau Pinang?
No comments:
Post a Comment