Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 21 April 2012

Apa Yang Membuatkan Pakatan Rakyat Kecut Perut Melihat Kemampuan Felda

Pakatan Pembangkang Takut Dengan Kejayaan BN Urus FELDA - Ahmad Maslan
Dakwaan Pakatan Pembangkang yang mengatakan bahawa tanah rancangan Felda akan tergadai sekiranya Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan di bursa saham hanyalah satu propaganda pembangkang untuk menakut-nakutkan warga Felda agar menolak cadangan penyenaraian tersebut.

Walhal, hakikat sebenarnya Pakatan Pembangkang bimbang sekiranya penyenaraian itu berjaya, maka rakyat, terutama warga Felda akan melihat usaha yang dilakukan oleh BN ini bakal membawa keuntungan bukan sahaja terhadap warga Felda, bahkan secara amnya kepada rakyat di negara ini.

"Sebab itu, mereka beria-ria untuk mempengaruhi warga Felda agar menolak cadangan penyenaraian FGVH ke bursa saham. Mereka bimbang segala usaha mereka untuk mempengaruhi rakyat khususnya warga Felda akan menjadi sia-sia dengan kejayaan BN meningkatkan taraf dan pendapatan bagi warga Felda ke tahap yang lebih tinggi,"

"Malah bermacam-macam fitnah yang mereka taburkan sehinggakan mereka mengatakan Felda menjual minyak sawitnya kepada Israel. Itu semua tidak betul. Sebenarnya, kita memang ada membuat perjanjian kerjasama tetapi bukan dengan Israel, tetapi dengan sebuah syarikat yang bernama IFFCO. Syarikat itu beroperasi di Dubai dan dimiliki oleh orang Islam,"demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika berucap di hadapan lebih 200 pemimpin NGO di Seri Pasific di sini Khamis.

Kata beliau lagi, dengan penyenaraian ini, Felda bakal menjadi sebuah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

"Inilah yang ditakuti oleh Pakatan Pembangkang. Mereka bimbang pengaruh politik mereka terjejas dengan kejayaan ini. Maklumlah, di kawasan Felda di seluruh negara, ada 54 kerusi Parlimen. Ia merupakan satu perempat daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara.

"Malah, Datuk Seri Najib pernah berkata bahawa Felda merupakan kubu kuat bagi UMNO dan BN. Inilah yang buat pembangkang jadi kecut perut," jelasnya.

Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai oleh 240 ribu ahli, semalam mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan dan meluluskan cadangan penyenaraian FGVH ke bursa saham.

"Dalam mesyuarat agung tersebut, seramai 1,110 perwakilan telah hadir. Daripada jumlah tersebut, seramai 120 perwakilan telah menolak cadangan tersebut, lima undi rosak manakala 15 lagi kertas undi tidak dipulangkan.

"Mesyuarat bagi membincangkan penyenaraian ini telah tertangguh lebih sebulan lamanya kerana ada segelintir ahli Felda yang membawa isu ini ke mahkamah. Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Kuantan telah menolak permohonan mereka dan saya rasa lega, warga Felda akhirnya memberikan persetujuan dalam isu ini," ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Isu Terkini

get this widget here