Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 24 April 2012

Fahami Antara Kisah Ibnul Muljam , BERSIH 3.0 & Akidah

 Fahami Antara Kisah Ibnul Muljam , BERSIH 3.0 & Akidah




Fahami Antara Kisah Ibnul Muljam , BERSIH 3.0 & Akidah

Mengenal Golongan Khawarij Dan Strategi Perangnya Menggunakan Sentimen Agama
Sejarah merekodkan bahawa “serangan pemusnah yang paling besar” ialah menghalakan segala senjata dan “mucung meriam” kepada pemerintah dan berusaha keras menafikan kebaikan yang dibuat dengan mempertingkat penyebaran maklumat keburukan pemerintah. Matlamat akhirnya supaya rakyat berterusan membenci sebenci-bencinya kepada semua peringkat jentera pentadbiran.

Perasaan tidak puas hati akan terus dimainkan sebaik-baik mungkin dengan menambahkan “pelbagai episod kebencian baru” agar sentimen kemarahan rakyat tidak akan padam dan terus bernyala walaupun nyalaannya kecil sahaja. Rancangan dasar mesti dilakukkan dengan apacara sekalipun dengan menafikan segala kebaikan yang dibuat oleh pemerintah. Seboleh-bolehnya segala kebaikan tersebut hendaklah “dibunuh” sebelum meresap ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat.

Golongan seperti ini amat membahayakan ummah kerana pegangannya berdasarkan kepada pentafsiran agama yang dibuat “mengikut selera” mereka sahaja . Lebih bahaya lagi apabila saranan agama dipandang rendah dan kata-kata pemimpin kumpulan ini diutamakan dengan penghormatan yang sangat tinggi sehingga keperingkat “maksum” .

Bahayanya kumpulan ini kepada umat dapat dilihat kesan peristiwa pembunuhan berdarah Saidina Ali pada tahun 661 oleh Ibn Muljam (dari golongan Khawarij) setelah menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan.

Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan diberi jaminan oleh pemimpin puak Khawarij akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya “membunuh syaitan yang menyerupai beliau”.

Bagi menarik perhatian, pemimpin mereka berselindung dalam menggunakan strategi “mengkafir sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka”. Golongan Khawarij juga menggunakan sentimen agama dengan mengangkat slogan “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah,” Seolah-olah hanya mereka sahaja yang mempunyai outoriti bercakap soal agama.

Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran tetapi dengan tujuan yang sangat buruk. Saidina Ali bin Abi Talib pernah menyatakan kepada kumpulan ini dengan katanya “Satu slogan yang benar tetapi dengan tujuan yang batil.”

Di Lebanon juga dikatakan ada puak pelampau yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang Habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau telah membentuk satu jamaah yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang dianjurkan kumpulan anjurkan.

Sebenarnya bahaya kumpulan pelampau dalam agama ini pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah bersabda

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap melampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama” (Hadis riwayat Ahmad)

Tindakan golongan pengkhianat seumpama khawarij ini boleh merugikan umat kerana cara ini sebenarnya boleh mencampakkan manusia itu kearah kebinasaan. Tindakan seperti ini juga memberi implikasi emosi yang membawa keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.

Allah berfirman yang bermaksud

“dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya”(Surah Al-Baqarah :195)

Strategi demi strategi dilaksanakan musuh Islam demi membunuh roh dan semangat persaudaraan diatur secara bijaksana melalui kumpulan seperti ini hingga mengakibatkan umat Islam akhirnya terpedaya. Nikmat keamanan yang dicita dan diusahakan boleh lebur begitu sahaja. Manakala suasana harmoni boleh berubah menjadi kacau-bilau apabila propaganda halus yang dimainkan ini berjaya meresap masuk kedalam jiwa mereka sehingga berupaya menukar watak seorang muslim sejati.

Allah amat membenci manusia yang apabila berbalah dia melampaui batas. . Firman Allah yang bermaksud

“Dan di antara manusia ada mengkagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad).” (Surah al-Baqarah: 204)

Golongan yang keras kepala dan angkuh teramat sukar menyokong perdamaian. Mereka ini akan menolak apa yang baik dan benar kerana sikap keras kepala yang tiada hadnya itu. Rasulullah SAW bersabda

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Golongan ini hanya semata ingin menegakkan hujah yang dia sendiri tahu telah tersasar dari kebenaran. Sifat mazmumah yang membelenggu diri seperti hasad dengki, buruk sangka, balas dendam, takbur, riak dan bongkak disuntik sebagai ubat pelali.

Akhirnya menyebabkan sebahagian umat menjadi khayal dan terpedaya sehingga mengetepikan perkara yang lebih utama dalam agama iaitu menghidupkan amalan silaturrahim yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Rasulullah SAW bersabda

“Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Mereka lebih rela bermusuh disebabkan rasa tidak puas hati dan denga irihati yang berterusan. Sebenarnya penyakit inilah yang menjadi punca sebenar sehingga membawa terputusnya semangat persaudaraan. Rasulullah SAW bersabda

“Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti api memakan kayu atau memakan rumput.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam hadis yang lain Baginda Rasul menyebutkan akan ciri-ciri manusia munafik itu ada empat, salah satunya:

“Apabila dia berbalah, dia jahat”. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya untuk menang dalam perbalahan, seorang muslim yang berfikiran munafik ini sanggup melakukan tindakan apa sahaja, termasuk menyelewengkan fakta, menipu dan mengelirukan orang ramai dengan menghalalkan cara untuk mencari kemenangan yang tidak diredai, termasuk melakukan huru-hara dan protes jalanan. Seorang ulama besar dalam Mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni pernah berkata bahawa “Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara”.


Biasanya manusia akan termakan dan terpengaruh dengan hujah melalui kepetahan seseorang yang bijak dan cekap berpidato. Manusia seperti ini hebat dalam berkata-kata. Biasanya ia berkait dengan aspek penghakiman. Pengaruh hujahan seperti ini memberi kesan yang sangat besar. Berkaitan perkara tersebut, Baginda Rasulullah SAW ada bersabda

“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka.” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tindakan untuk menakut-nakutkan seorang muslim yang lain dilarang dilarang oleh agama. Rasululullah SAW telah bersabda

“Tidak halal bagi seorang muslim membuat takut kepada muslim yang lain.” ( Hadis riwayat Ahmad)
Sumber penulisan dari Detik Perubahan
Fahami Antara Kisah Ibnul Muljam , BERSIH 3.0 & Akidah

No comments:

Isu Terkini

get this widget here