Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 24 April 2012

Nik Aziz Wajibkan Agenda Kafir Bersih Bertentang Dengan Pendapat Ulama

Apa sudah jadi dengan tahap ketamakan kuasa menyebabkan sanggup bersubahatnya Nik Aziz mewajibkan menyokong Bersih Agenda Kafir yang mahu menjatuhkan negara islam. Sikap hilang waras mewajibkan Bersih adalah disifatkan sebagai terikut-rikut dengan tawaran dari golongan kafir harbi dengan habuan dunia semata-mata.

Nik Aziz Wajibkan Agenda Kafir Bersih bertentang dengan pendapat Ulama yang membantah kerana terbukti yang Bersih adalah agenda menentang kerajaan islam yang bersembunyi disebalik nama kebebasan manusia. Sikap Nik Aziz lebih kepada mementingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan seluruh umat islam di Malaysia, melibatkan Agama Bangsa dan Negara. Klik  Bersih Menjahanamkan Negara

Sikap Nik Aziz Wajibkan Agenda Kafir Bersih Bertentang Dengan Pendapat Ulama, sengaja dilakukan dengan terikut-rikut memainkan perasaan tidak puas hati dengan sebaik-baik mungkin, menambahkan “pelbagai episod kebencian baru” agar sentimen kemarahan rakyat tidak akan padam dan terus bernyala walaupun nyalaannya kecil sahaja. Rancangan Agenda Kafir harbi mesti dilakukan dengan apacara sekalipun dengan menafikan segala kebaikan yang dibuat oleh pemerintah. Seboleh-bolehnya segala kebaikan tersebut hendaklah “dibunuh” sebelum meresap ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat. Inilah apa yang mereka mahu cuba lakukan ketika situasi sekarang perluang UMNO BN untuk memenangi PRU13 amat cerah berbanding Pakatan Haram yang ketandusan idea untuk memikat rakyat. 

Kata Nik Aziz di Harakah ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. hairan bukan mengikut Nallakaruppan mereka dan berpuluh bas mereka tahan selama bertahun-tahun tetapi seseorangpun pengundi hantu belum mereka tangkap Klik Rujuk Video. Dimana bukti pengundi hantu. Lagi pelik PRU12 mereka menang 5 negeri, adakah negeri-negeri tersebut tak ada hantu? 

Lagi pelik apabila Nik Aziz sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang terang-terang sesat dengan membela gejala murtad malah menuntut hak-hak kebebasan orang islam murtad. Apakah Nik Aziz sudah hilang warasnya? Itulah antara sebab dan punca utama perosak negara. Nik Aziz lupa dalam islam tidak penah menghalalkan mana-mana keburukan untuk kebaikan. carilah mana-mana ayat yang menghalalkan keburukan untuk kebaikan? Awas sememangnya Nik Aziz Wajibkan Agenda Kafir Bersih Bertentang Dengan Pendapat Ulama lain di Malaysia.



1 comment:

Unknown said...

Pasal kuasa, Islam tergadai...

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Isu Terkini

get this widget here