Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 1 April 2012

Rasuah Nik Aziz Bukan Alang-alang!


Bila dah rakyat menyentuh salah-laku Nik Aziz mulalah pengikut fanatiknya melenting-lenting, macam udang kena bakar. Bukan dengan sengaja hendak diada-adakan cerita tertapi itulah hakikatnya bila manusia menjanjikan sesuatu diluar kemampuan manusia dan tak sepatutnya diperalatkan syurga sebagai rasuah politik. Apakan daya dah tabsud sangat semua pakat-pakat terjun dalam longkang!! Kalau Najib beri sumbangan RM500 dianggap rasuah oleh Nik Aziz, bagaimana dengan Nik Aziz yang bukan alang-alang merasuah!

'Undi Pas masuk syurga janji kosong'
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 April 2012

YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian, Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.

Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.

Dalam pada itu, seramai 20 penyokong Pas menyerahkan borang untuk menyertai Umno. Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah. Sumber Sinar Harian

2 comments:

eXception said...

Nik Aziz rasuah dipanggil sedekah... Keh keh keh keh... Ada yang panggil bayar zakat... Keh keh keh keh... Rasuah tetap rasuah...

Gempar!! Azmin Ali Maki Anwar?? Pasal Apa??

Anonymous said...

Nik aziz itu sendiri bukan Islam dan akidahnya sudah jauh terpesong, jangan ingat dia sorang yang belajar ugama.Ini n.ajis kena tahu jika tidak jangan bercakap macam burung kaka tua. bak kata P. Ramli tua kutuk nak mampus cukup-cukup lah memesengkan akidah umat Islam.

Isu Terkini

get this widget here