Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 20 April 2012

Ulama PAS Menyokong Bersih Tidak Layak Mengakui Mahzab Imam Syafie


Menurut sejarah Majlis Syura Ulama bermula semasa era kepimpinan Yusof Rawa. Fungsinya termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7(B) “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” malah Majlis Syura Ulama diheboh-hebohkan sebagai lebih berkuasa dari jawatankuasa pusat. 

Persoalannya sekarang sejauhmana kekuatan atau kekuasaan Majlis Syura PAS. Apa yang kita nampak sekarang Majlis Syura adalah penghalal aktiviti-aktiviti Pakatan Haram menentang kerajaan islam Malaysia. Dengan diketui oleh Ambiga juara permurtadan orang-orang Islam.

Anwar penah kuat ketawa dan berani tampil memperjuangkan mendukung keselamatan Israel. Apa tindakan Majlis Syura Pas. Adakah sekadar menghalau kambing dengan suara tinggi, suara habis dan kambing sedap-sedap habiskan tanaman di halaman? Itu sahaja yang mampu Majlis Syura lakukan kerana mereka tidak berniat ikhlaspun dengan prisnsip mereka sendiri.

Biasalah! Nik Aziz terlupa yang Perlembagaan PAS, Fasal 7(B).“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” Inlah sedangkan Nik Aziz sendiri tidak patuh merelakan apa jua Anwar dan Pakatan Haram lakukan, apatah ahli-ahli lain. 

Patutnya PAS tukar sahaja dari "mengeluar arahan" kepada "menerima arahan dari Pakatan Haram". Berani PAS mengaku hal sedemikian walaupun hakikatnya itulah realiti Majlis Syura.

Sekarang PAS dan Majlis Ulama PAS menjadi penyokong kuat BERSIH 30. Perhimpunan yang tidak penah dihalalkan Mazhab Imam Syafie. Sikap PAS yang menyelar ulama-ulama lain kononnya tidak penah menegeur kerajaan hanyalah sekadar menyembunyikan matalamat mereka. Mereka sedar yang Bersih adalah agenda-agenda yang mereka sendiri ada perasaan was-was, tetapi mereka berdiam kerana matalamat ke Putrajaya.

Cara pendekatan PAS menghasut rakyat berdemo untuk menjatuhkan kerajaan, sebenarnya menjatuh imej Majlis Ulama PAS sendiri kerana itu bukanlah cara yang dihalalkan dalam Mahzad Imam Syafie. 

Adakah ini ciri-ciri kemuliaan Majlis Syura PAS atau sekadar bertangungjawap penyebar dakwah pengaruh Ambiga dan Anwar yang terang-terang dikawalselia oleh kuasa-kuasa luar? Rujuk Sini

Kalau mereka seorang yang bertanggungjawap menyebar syiar islam kenapa perlu mejadi talibarut Ambiga yang terang-terang bersama Anwar mendapat bantuan dana dari dajjal Israel? 

Bukankah ini merupakan sikap Ulama-ulama fasiq yang merosakan umat dimuka bumi ini? 

Sebenarnya terlampau banyak lagi isu yang ada pada penggal ini membabitkan kelayuan Majlis Ulama PAS. Semuanya sekadar pembohongan menipu rakyat yang kononnya PAS perjuangkan islam dengan meletak bingkai Majlis Syura Ulama di dinding sebagai ayat hiasan, PAS mengcipta pelembagaan dengan cantik-cantik bunyi bahasanya tapi sekadar ayat penyedap. Kalau ayat setakat penyedap buat apa! tapi tindakan bercanggah, adakah boleh mengekalkan status negara islam!! Sampai bila PAS harus berpura-pura demi nafsu ke Putrajaya?

2 comments:

Anonymous said...

"Sekarang PAS dan Majlis Ulama PAS menjadi penyokong kuat BERSIH 30. Perhimpunan yang tidak penah dihalalkan Mazhab Imam Syafie."

mane bukti nye you tahu Mazhab Imam Syafie x sokong, bleh bg bukti x? kalau main cakap saje semua org bleh, cuba bg bukti skit, br bleh percaya...harab jawab yea

Anonymous said...

Ai diam je admin?

Isu Terkini

get this widget here