Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 3 May 2012

PAS Sudah Ada Unit Pramilatari PAS

PAS semakin hebat sekarang kerana mempunyai unit Pramilatari yang di gelar sebagai unit amal PAS. Bagaimana  boleh diujudkan Unit Amal kalau unit ini bertindak sebagai kumpulan yang cuba mencetuskan suasana merusuh. Ini jelas terpapar apabila sekumpulan Unit Pramilitari PAS bentindak merempuh sekatan polis di Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0 pada 28 April 2012

PAS semakin advance dengan ada angkatan Pramilatari sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja, bersembunyi disebalik nama Unit Kebajikan PAS. Apa yang hendak dihairankan kerana Nik aziz sendiri menghalalkan gerakan menjatuh kerajaan Islam yang dirinya mengangap mungkar. Malah kata Nik Aziz dia sanggup sumbangkan RM30'000 kepada mana-mana pihak yang mahu ambil bahagian.

"Salah apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat," kata Nik aziz
Siapa yang sebenar menolak Islam sedangkan Haji Hadi sendiri mahu mengugurkan status Negara Islam dari Perlembagaan Persekutuan semata-mata mahu menagih pengaruh Pilihanraya 13. Ini tidak salah pada PAS dan terbukti setelah Nik Aziz memberi ucapan tahniah kepada perusuh Bersih 3.0. Pada masa yang sama tidak mengaku ganas dan tidak mahu bertangungjawap keatas kegaganasan yang berlaku. Sekarang dengan keujudan Unit Pramilatari PAS bakal membawa lebih jauh lagi yang mungkin menjadi peperangan saudara antara sesama Islam hanya untuk memenuhi kehendak Ambiga yang kuat menyokong sex bebas dan gejala pemurtadan. Benarlah kata Tun Dr Mahathir " Mula-mula mereka beri duit, lama-lama mereka beri senjata pula".

Bila berlaku rusuhan dengan mudah Nik Aziz Anwar Ibrahim dan Ambiga menuduh polis. Betul juga kata peserta Bersih 3.0 menyelar Anwar di depan wartawan "adakah anda baru lahir semalam" ayat-ayat yang keluar kursus buat Anwar yang terlampau main auta mengalih kezaliman kepada polis dan kerajaan. Sebab semua orang dalam dunia tahu tugas-tugas polis mengawal kemanan seperti diperuntukan. Cukup bagus polis memberi kerjasama yang baik hingga mereka memulakan rusuhan atas isyarat yang dikeluarkan Anwar. Akhirnya peserta berbangsa cina tersebut diusir keluar setelah Anwar kalah debat terbuka. Apa sudah jadi! Anwar Ibrahim kalah mempertahankan hujahnya, lalu main bangsat dengan mengusir rakyat keluar. Sepatutnya Anwar Ibrahim berani mempertahankan hujahnya hingga akhir bukannya mengusir keluar kerana kalah?

 

Sekarang bukan setakat PAS mengadakan Unit Pramilatari PAS malah dalam Pakatan Rakyat ada lagi ramai bila digabungkan kesemuanya. Walaupun begitu mereka masih kuasa minoriti dan kita yang majoriti. Adakah akan membiarkan Pakatan Rakyat sewenang-wenangnya mencabul keamanan negara. Buktikan yang kita menentang mereka habis-habisan dalam PRU13.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here