Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 16 June 2012

Filem X - Pierre Andre Akui Pamer Aksi Lucah


altSambil mengakui dirinya pemegang watak tersebut, Pierre sama sekali tidak mahu lakonan tersebut bakal menjadi sebahagian realiti kehidupan beliau.

Walaupun Pierre mendakwa watak Hafiz yang dipegang beliau kelihatan selesa mengamalkan kehidupan yang berunsurkan lucah, namun hakikat sebenar watak itu amat bercanggah dengan diri beliau.

"Memang nampak cool apabila dalam filem ini saya telah mengahwini lima orang wanita yang kesemuanya sudah pun bergelar janda, tetapi hakikatnya saya sendiri tidak boleh terima jika ia berlaku dalam kehidupan realiti saya. Kalau boleh, saya hanya mahu kahwin sekali sahaja kerana ianya perkara yang sangat manis dan berharga dalam hidup.

"Ternyata watak saya dalam filem ini berbeza kerana Hafiz seorang lelaki yang tidak pasti sehingga gagal dengan lima perkahwinannya. Bukan sahaja seorang lelaki yang tidak pasti tetapi watak saya dalam ini adalah seorang lelaki yang sangat lucah apabila berhadapan dengan wanita pilihannya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem X, di e@Curve, Mutiara Damansara, malam semalam.

Filem yang menggunakan tagline Janda-Jandaku Gangster ini bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Jun ini.

Selain Pierre, filem yang diarahkan oleh Ahmad Rusli Khadri ini turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Diana Amir, Siti Chubby, Liana Rafiai, Nuremy Ramli, Vhloe Nicole dan ramai lagi.

Namun di sebalik kesukaran membawa watak yang penuh mencabar sedemikian, Pierre amat teruja akan kelahiran filem ini yang berkonsepkan komik komedia pertama di Malaysia. Malah beliau berkesempatan menimba pengalaman sebagai seorang pelumba drifter.

"Saya memang suka sukan lasak drifter tetapi belum berpeluang untuk mempelajarinya secara praktikal. Di dalam file mini saya hanya sempat belajar hanya sedikit sahaja untuk teknik yang senang.

"Selepas ini saya berniat untuk mempelajarinya secara profesioanal dan bercita-cita hendak hasilkan sebuah filem mengenai drifter," luahnya yang bersungguh-sungguh.

Filem X secara ringkas mengisahkan mengenai seorang drifter yang mengalami episode malang dalam hidupnya apabila dikejar ima wanita yang pernah diceraikannya sebelum ini.

Pelakon dan Pengarah muda Pierre Andre bakal muncul menerusi Filem X yang mempamerkan dirinya seorang lelaki yang bersikap lucah yang telah mengahwini 5 wanita berstatus janda.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here