Adus Hairie naik angin jadinya apabila Zed Zaidi dedah ramai artis lebih suka cari makan yang memang lumayan dengan diperalatkan oleh PAS dipentas ceramah.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyifatkan golongan selebriti ‘berubah’ yang dijemput menyampaikan ceramah agama parti politik hanyalah untuk memperoleh imbuhan semata-mata kerana mereka dibayar puluhan ribu ringgit sebulan terutama menjelang pilihan raya.Ketika dihubungi semalam beliau berkata, perubahan seseorang selebriti kembali menghayati agama adalah perkara baik dan dialu-alukan, tetapi tindakan menyertai parti politik dan mengkritik kerajaan ketika berceramah jelas menjejaskan institusi pentadbiran kerajaan.“Kalau mereka (artis) mahu membetulkan keadaan, seharusnya melalui undang-undang sedia ada bukanlah sewenang-wenangnya menghentam kerajaan,” katanya umum kepada golongan artis yang sudah ‘insaf’ dan berubah. Zed mendakwa setiap kali hadir memberikan ceramah agama, artis terbabit ‘dibayar’ kira-kira RM2,000 dan pendapatan bulanan mampu mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya. rujuk sini
Dari itu Hairie tidak tahan satu badan dan terus tampil melalui ruangan yang menjadi tuan pemberi rezeki iaitu TVS, Fuhhh lakonan terbaru arahan TVS la pulakkan!!
“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,” kata Hairie yang terkenal dengan watak ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.
Adus memang sudah menjadi lumrah seorang artis yang semakin kurang popular sekarang terpaksa pertahankan apa yang boleh dia makan sekarang ini walaupun terpaksa berlakon di pentas ceramah PAS dengan skrip dari pengarah lakon fitnah arahan PAS.
Yang menariknya terpaksa juga mengaku takut kena potong gaji kot! Mungkin pada Hairie menjadi pelakon atau ejen memecah umat itu satu perjuangan, tak apalah ambil selagi boleh tetapi jangan satu hari semua itu makan diri sendiri Hairie oooi.
Samada hendak sembunyikan upah dalam fisabilillah yang digembar-gembur Hairie telah dibuktikan dengan perbuatannya sendiri yang turun pentas mengutip derma dari penonton yang datang.
Agak-agaknya dikaitkan kedua-dua gambar ini, cuba fikirkan, agaknya! berapa bahagian upah Hairie yang sampai susah payah turun pentas menadah tangan minta sedekah. Tak akanlah setakat ikan bilis kot kalau berpeluh-peluh turun pentas tadah tangan beb! Memang rezeki lumayan tu kalah kalau berlakon sampai makan masa sebulan dua berbanding ini sehari je dah fuhhh lumayan beb!
Rezeki oh rezeki lumayan tu memang PecahPalakMikir lakonan mereka yang memang dah pandai berlakonpun. Kalau mereka keluar air mata setimbapun rakyat kena fikir mereka ini memang pandai berlakonpun. Setakat hendak keluar air mata alahai bila-bila masa pun boleh!!
Sebab itulah PAS suka guna taktik membawa artis supaya lakonan yang diarah PAS diatas pentas ceramah lebih berkesan bukan, ibarat macam teater fitnah-fitnah duniaku... heheheh memang PecahPalakMikir puak-puak nih!!
No comments:
Post a Comment