Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 17 September 2012

Kadir Allah Minta Saya Turun Selamat Negara

Fuhh kali ini selepas Nik Abduh Nik Aziz tiba pula  Kadir Sheikh Fazir Dapat suara Allah mita turun selamatkan Malaysia. Fuhh rupanya bila masuk Pakatan Haram terus dapat seruan. Inggat masuk Pakatan Haram lebih baik tetapi makin teruk lagi ada!!
Alahai!! sejak bila pula orang lama UMNO, Kadir Sheikh Fazir pandai sebut pasal betul-memperbetul sedangkan dia sendiri dah cukup betul ke, kenapa Kadir dibuang oleh kawasan peti undinya sendiri!! Cuba bayangkan berapa ramai pengundi Kulim Bandar Bharu, ada  seramai 52,127 orang, dan berapa sangat yang mengenang kehadirannya.


Pelik betul Kadir!! Selama dia menjadi menteri apa jasanya kepada rakyat Kulim, Kalau benar-benar berjasa kenapa dibuang rakyat Kulim. Adakah kehadiran bersama Anwar ada harapan baru buat Kadir. Adakah kawan arkabnya Anwar boleh tolong merasa bertanding semula. Kalau Anwar cerdik, dia tidak akan ambil resiko sejauh itu.


Yang paling hairan, Kadir sebagai veteran UMNO, cuba memberi pandangan yang kononya apa diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Berbeza pula pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan kononnya jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum. Inikah dinamakan Kadir, memberi pandangan melengkapkan tranformasi politik PM?

Tidak cukup dengan itu, Kadir menuduh BN gagal melengkapkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra. Bukankah kalau dia bercakap sedemikian ibarat meludah kepada dirinya sendiri. Atau mungkin Kadir terlupa yang dia dulunya bekas menteri yang dilantik rakyat. Kadir terlupa dulunya dia terlampau sebok urusan kesenangan kehidupan peribadi dari menunaikan tanggungjawap kepada rakyat. Oleh kerana dia gagal melengkapkan kedudukan sosio ekonomi Bandar Bahru Kulim sampai dibuang. Sekarang inilah masanya dia menjadi hero Pakatan Haram yang ingin membela rakyat demi hendak bersihkan dirinya yang kotor dahulu. Adakah itu yang cuba disampaikan Kadir. Yang dia semakin insaf setelah dibuang pengundi Bandar Bahru Kulim?

Adakah selama ini, Kadir lebih bagus ke berbanding Najib yang tertiba hendak perbetul orang Tranformasi Najib. atau benarlah kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang Kadir itu, hanyalah menjadi alat pembangkang. Nampak sangat dah!! Kadir dah kena auta Anwar, bak kata-kata orang kedah "kena auta sampai tak ketahuan punca". Mari kita renung sejenak apa yang dikatakan tidak ketahuan punca.

Dalam Kadir menafi menyerang UMNO sempat juga dia mendedahkan kononnya dia nampak kepincangan UMNO. Kenapa manusia macam ini boleh menafi serangan sambil melakukan serangan dengan serentak? 



Boleh dipercayakah manusia macam ini yang mengaku ingin membawa perubahan setelah dibuang kawasan parlimennya kerana sikap ambil lewanya menjaga kawasan peti undi sendiri? 


Kenapa baru sekarang pandai bercakap soal selesaikan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya sebelum PRU13. Kenapa semasa diatas kerusi menteri, tidak penah ada usul sedemikian. Adakah ini hasil kawan rapat dengan Anwar yang sama perangai dengannya semasa dalam UMNO dulu.


Kenapa baru sekarang pandai cerita soal rasuah dalam Parti setelah kalah dan dibuang di kawasan sendiri. Adakah selama ini dia tidak kisah atau selama ini dia memang kaki rasuah, hingga menutup mulut. Atau sebenarnya Kadir ni perasit yang kena auta Anwar sampai jadi pecacai yang setia keatas apa jua arahan Anwar. 


Sekarang sudah pandai bercakap membela permit Harakah, apa namanya tu!! Ohhh!! sebab itulah puak-puak anti TV123 mengampunkan Kadir kerana mempertahankan Harakah. 


Yang paling lawak ada kes, tuduh Zulkefli Nordin beli setiap pengundi dengan harga RM1000, fuhhh bayak mana yang perlu diberlanja Zulkefli kalau pengundi seramai 52k. Apa Khadir dah abis modal ke nak menuduh orang. Cubalah Kadir berfikir semula, kalau Zulkifli membeli undi dah tentu Azizah yang membiayainya dan berapa banyak PKR keluarkan untuk semua kerusi yang mereka menanggi. Kalaulah betul perkara ini Azizah yang pertama kita hadapkan ke makamah. Anwar tidak kisah ke!! 


Dalam hal ini, Kadir boleh berangan sahajalah hendak jadi hero Pakatan Haram, Anwar tidak akan kenangpun. Yang untung, puak-puak tidak percaya TV123 tertiba boleh angkat Kadir sebagai Hero Merayap Malaya yang insaf cuba bangun sucikan diri. Cuci ada makna tu!!

Jagan bertanya kenapa UMNO serang Kadir, tapi bertanyalah pada diri sendiri kenapa Kadir sanggup memalukan diri sebagai Ariwanas. Kalau Kadir boleh menafikan segala-galanya dengan wartawan TV, eloklah dia membersihkan semua teks tertulis tentang ucapannya di Harakah, yang lebih dilihat cuba menjatuhkan UMNO. Adakah Kadir bolej membuktikan sejauh itu demi membuktikan keikhlasannya? 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here