Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 21 September 2012

Nik Aziz Masuk Kelas Oh My English

Ini adengan memperbodoh diri sendiri sebenarnya! Yang peliknya bukan sahaja yang Nik Aziz Masuk Kelas Oh My English tetapi pecai-pecacai turut sekali mengikut Nik Aziz Masuk Kelas Oh My English 

Bergitu juga dengan Haji Hadi akan turut serta mengikut Nik Aziz Masuk Kelas Oh My English kerana dia orang sudah tidak berapa pandai atau sengaja menunjukkan kebodoh diri bagai orang yang tidak pandai inggeris. Manakala yang lain punyai pecacai tumpang bodoh sekaki!

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Pas sengaja memanipulasikan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru berkenaan dengan "malaikat dan syaitan" untuk mengelirukan fikiran orang ramai.

Katanya, kedangkalan Pas dalam berpolitik amat terserlah kerana beliau pasti parti tersebut memahami pepatah Inggeris "better the devil you know than the angle you don't".

"Tetapi ia sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.

"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah lebih baik berurusan dengan orang yang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali, yang kemungkinannya akan membawa padah dan menghancurkan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, "barangkali juga Pas semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan bekas Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, beliau merasa kesal dan amat terkilan dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas kerana telah menyalah tafsir tulisan Dr Mahathir berkaitan "better the devil you know than the angle you don't".

"Tulisan Tun Dr Mahathir bukanlah memberi pengertian secara khusus sebagaimana terjemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, namun ia adalah satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara dua kepimpinan dalam BN dan pakatan pembangkang.

"Tambahan pula rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti dan rakyat merasaia kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbirannya," kata beliau lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Mengapa Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN sedangkan dia antara orang yang bawa umno ke Sabah.

Kalau fikir-fikir dah tentulah dia akan terus bersama umno, ye la, dia antara yang bawa umno masuk Sabah, sudah mestilah dia akan jaga umno tu sepeti anak sendiri.

Tapi macam juga seorang bapa, kalau anak dah terlalu degil dan dah teruk sangat perangainya, silap-silap "bapak pun tak mengaku anak" ( ingat tak kisah seorang penceramah umno yang dibuang bapa tu). jadi sama lah macam Tan Sri Ibrahim Menudin yang punya alasan sendiri untuk tinggalkan umno, padahal umno itu lubuh duit, lubuk kekayaan dan jawatan.

“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,”

Jadi kalau orang yang bawa umno ke Sabah pun tinggalkan umno, takkan la pencacai umno yang baru habis sekolah nak mati-mati selamatkan umno... cuba fikir-fikir.

Anonymous said...

erk apa kena mengena dgn isu ini.

runyzul said...

Anonymous pertama tu mengigau ke atau tertelan kapur barus ?

Dia tak tahu ke ramai pengasas parti keadilan dah tinggalkan parti yang diasasnya itu ?

candra muzaffar, ezam, ruslan kasim, zainur zakaria, nalla, marina yusuff,annuar tahir,anuar shaari, lokman noor adam... dan ramai lagi meninggalkan PKR


Jadi kalau semua yang dulunya berjuang bersama parti keadilan dah tinggalkan PKR... takkan la pencacai PKR yang mungkin lahir selepas parti keadilan ditubuhkan nak mati-mati selamatkan PKR ?

Isu Terkini

get this widget here