Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 21 September 2012

RM20 Juta Dana Mengjadikan PAS Sebagai Kadam

Segalanya bukan sekadar persepsi lagi! tetapi telah didedahkan secara terang-terang dan dinyatakan siapa yang terlibat. Satu langkah berani oleh pelbagai pihak yang prihatin dan cintanya mereka terhadap Malaysia.  Keberanian mengatasi kemungkinan bakal disaman, harus dinilaikan oleh rakyat untuk menolak kempen menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan cagaran menggadaikan kepentingan dan keharmonian Malaysia.

Hampir RM20 juta dana telah disalurkan oleh pelbagai NGO di negara ini. Untuk apakah wang sebergitu banyak berani disumbangkan bergitu sahaja? Mustahil sekadar suka-suka prihatin NED sanggup habiskan wang simpanan mereka? Sedangkan sejarah telah membuktikan kejayaan NED menjatuh Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. Inilah sumber Hampir RM20 Juta Dana Mengjadikan PAS Sebagai Kadam semasa Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Mungkin rakyat Malaysia suka menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) hingga sanggup bermatian dengan puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat. Jangan hairan jika Anwar Ibrahim sebagai PM boneka, maka matlamat untuk menggubal undang-undang yang menghalalkan aktiviti seksualiti songsang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dapat dilaksanakan. Bagimana dengan status negara Islam negara ini dan bagaimana status Institusi Raja nanti?

Atau lebih teruk lagi segala aset utama negara dibawa keluar kuasa asing dan pada masa itu jangan mimpi waima harga kereta murah mahupun pendidikan pecuma. Silap-silap royalti minyak entah kemana tujunya. Adakah PAS sanggup pejam biji mata semata-mata ke Putrajaya dan jangan bermimpilah kalau menangpun PAS tidak akan mampu mengawalnya kerana PAS tetap akan jadi hamba abdi Pakatan Rakyat. Kerana dalam Pakatan Rakyat PAS adalah kasta paling rendah sekali. Sebab itu sehingga sekarang PAS tidak berani bersuara menegur apatah menentang sesuatu perkara yang bertentangan dilakukan DAP mahupun PKR. Apatah PAS mahu pertahan prinsip perjuangannya. Awas mana ahli-ahli yang berani bersuara! silap-silap kena buang!
Dengan Hampir RM20 Juta Daana Mengjadikan PAS Sebagai Kadam Putrajaya adakah PAS rela. Rasanya PAS tetap tergila-gilakan Putrajaya walaupun mereka sedar ada dana Hampir RM20 Juta Dana Mengjadikan PAS sebagai kadam Putrajaya. Kalau PAS yang mewakili melayu islam dijadikan kadam! rakyat melayu islam akan jadi apa pula nanti.

NED salur dana hampir RM20 juta kepada pelbagai NGO, agensi

KUALA LUMPUR 20 Sept. - National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.
Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.
Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.
NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini.
Bagaimanapun Ambiga seperti dilaporkan berkata, dana tersebut digunakan bagi projek lain yang tiada kena-mengena dengan perhimpunan haram anjuran Bersih dan disokong pembangkang pada 9 Julai 2011.
Selain Bersih, NDI turut dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa terlibat secara langsung membantu parti itu dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini termasuk menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya.
Menurut sumber itu lagi, turut menerima dana daripada NED ialah Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) iaitu syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan tidak berdaftar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berjumlah kira-kira RM1.6 juta.
Suara Inisiatif dan Suaram dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram dan Pengarah Suara Inisiatif.
Kata sumber itu, turut menerima dana secara konsisten daripada NED bermula pada 2005 juga adalah beberapa pertubuhan seperti Centre for Independent Journalism; International Republican Institute; Open Dialogue Centre dan Southeast ASEAN Press Alliance.
"Pertubuhan-pertubuhan itu menerima sejumlah kira-kira RM13.3 juta iaitu 67 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan NED," katanya.
Sumber itu mendakwa, MKini Dotcom Sdn. Bhd. iaitu pengendali portal berita propembangkang Malaysiakini pula dipercayai mula memasuki senarai penerima dana NED pada 2009 dan berterusan sehingga 2011 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM300,000.
Pada tahun lalu pula, tambah sumber itu, beberapa pertubuhan lain turut tersenarai sebagai penerima dana daripada NED antaranya Lawyers for Liberty; Liberal Banter Sdn. Bhd. dan Merdeka Centre for Opinion Research.
Kontroversi berhubung penyaluran dana daripada NED itu bermula apabila pelbagai pihak mendesak Suaram disiasat kerana menerima dana asing dalam jumlah yang besar sedangkan ia tidak berdaftar sebagai pertubuhan dengan mana-mana agensi kerajaan.
Dana yang diterima Suaram itu turut dipersoalkan kerana ia disalurkan NED dan pertubuhan berkaitannya termasuk yang dipimpin penyangak mata wang asing, Soros yang cenderung menganjurkan aktiviti menjurus kepada demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram. Sumber
Bergitu juga dengan Suaram yang terang-terang mengaku menerima dana dari kuasa asing.

NED taja Suaram RM1.6 juta

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.
Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.
Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.
Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif.
Seorang lagi pengarah dan pemegang saham dalam Suara Inisiatif ialah Yeoh Seng Guan.
Antara pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertubuhan itu ialah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.
Turut terlibat ialah Cynthia Gabriel selaku Pengarah Suaram dan aktivis lain seperti Irene Fernandez; Irene Zavier serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, Premesh Chandran.
Selain dipimpin individu sama, kata sumber itu, Suaram dan Suara Inisiatif turut berkongsi alamat perniagaan dan nombor telefon serta faksimile yang sama.
"Kedua-dua pertubuhan ini dipercayai beroperasi di alamat pejabat sama iaitu di Petaling Jaya, Selangor menggunakan nombor telefon dan faksimile yang sama. Malah, kakitangan Suaram juga dipercayai merupakan kakitangan Suara Inisiatif," katanya.
Sumber itu mendakwa, sebarang dana yang diterima Suaram termasuk daripada NED dan OSI dimasukkan ke dalam sekurang-kurangnya empat akaun yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif.
Berikutan itu juga, kata sumber tersebut, operasi Suara Inisiatif yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat dengan objektif menjalankan perniagaan dilihat janggal apabila pendapatan utama syarikat berkenaan diperoleh menerusi sumbangan dana dan bukannya daripada aktiviti perniagaan.
Isu mengenai kaitan antara Suaram dan Suara Inisiatif mula dibangkitkan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana pertubuhan itu boleh menerima dana asing dalam jumlah yang besar untuk menaja pelbagai program dalam negara sedangkan tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.
Dana itu turut dipersoalkan kerana diterima daripada sumber-sumber meragukan seperti NED dan OSI yang mempunyai kaitan dengan George Soros serta gerakan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara menerusi demonstrasi dan perhimpunan haram.
Sehubungan itu, kerajaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan terhadap Suaram dan mengesan pelanggaran sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh pertubuhan tersebut. Sumber

1 comment:

PecahPalakMikir said...

Sertai Fanpage PecahPalakMikir di http://www.facebook.com/PecahPalakMikirPage?ref=hl

Isu Terkini

get this widget here