Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 26 October 2012

Ada Juga Tidak Faham Aidiladha Kenapa Ramai Tidak Faham?

Dari Pecah Palak Mikir Selamat Hari Raya Aidiladha. Ramai Tidak Faham? Putrajaya: Segelintir masyarakat Islam di Malaysia masih kurang faham mengenai tujuan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha yang sepatutnya diraikan dengan rasa kesyukuran serta kegembiraan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, dalam satu kenyataan semalam, berkata Aidilfitri disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa sepanjang Ramadan.

 Aidiladha pula disambut lebih meriah bagi mereka yang menyempurnakan ibadah haji di Makkah dan berwukuf di Arafah. Hakikatnya, hikmah pensyariatan hari raya korban ini bagi golongan yang berkemampuan adalah dituntut untuk melaksanakan ibadah korban seba-gai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT. 

Bagi yang kurang berkemampuan pula, akan menerima pemberian hasil korban.

Kegiatan penyembelihan dan pengagihan yang dilaksana secara bergotong-royong ini perlu dibudayakan sebagai satu terjemahan sambutan hari raya ini. 

Kesannya, ia bukan saja dapat memupuk semangat kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat setempat, malah turut menggalakkan budaya kunjung mengunjung dan bersedekah, katanya. 

Selain itu, jelas beliau, umat Islam juga disyariatkan bertakbir pada empat hari yang mulia ini iaitu pada hari wukuf dan hari Tasyrik pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu secara berjemaah.

Sumber Berita Harian
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Isu Terkini

get this widget here