Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 14 October 2012

Aura Tun Mahathir Yang Menakutkan Anwar dan Nik Aziz


Bukan setakat ditanya siapa tidak kenal Tun Mahathir di Malaysia malah serata pelusuk dunia percaya inilah anugerah Allah yang sekali dapat ditemui dalam seumur hidup kita. Sebab itu Mantan Perdana Menteri sehingga sekarang mempunyai idea yang tidak penah ketinggalan zaman dan sering dikaji dan dinilai oleh musuh dan kawan. Malah menjadi jemputan yang tidak putus-putus dari seluruh pelusuk dunia, hanya sekadar mendengar ideanya.

Sebab itu jugalah sehingga sekarang, walaupun bergelar Mantan Perdana Menteri, tetapi masih menjadi bayangan menakutkan buat PAS, PKR dan DAP. Sebab itulah sehingga sekarang menjadi satu ancaman buat Pakatan Rakyat yang risau akan aura suara Tun Mahathir boleh memperngaruhi keputusan PRU13 sebagaimana yang berlaku pada PRU12.

Suka atau tidak itu kenyataan yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.

[MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13]

KUALA LUMPUR – Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik negara terbukti apabila sindiran-sindiran beliau kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakibatkan Pilihan Raya Umum 2008 mencipta sejarah buruk buat kerajaan Barisan Nasional (BN).

Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah merupakan Perdana Menteri paling singkat memerintah sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan ekoran kekalahan teruk BN pada PRU 2008, yang mana empat negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Hal ini secara terang-terangan, memberikan gambaran bahawa faktor Tun Dr M mampu memberi penangan hebat ke atas keputusan pilihan raya di negara ini.

Hakikat itu diakui oleh Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

“Memang ada kena mengena dengan Dr Mahathir sebab beliau sebelum itu kritik Pak Lah, pemimpin lemah, pemimpin begitu, pemimpin begini dan seolah-olah menggambarkan Pak Lah sebagai Presiden Umno yang dilantik oleh Dr Mahathir, tetapi tidak menghargai Mahathir.

“Apabila Dr Mahathir hendak bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno ketika itu, dihalang, Dr Mahathir mengadu, Mahathir tulis dalam blog dia di mana (pada saya) keputusan 2008 ada kena mengena dengan penulisan Dr Mahathir dalam blognya itu. Saya tidak segan silu saya cakap,” jelas Presiden Perkasa ini.

Difahamkan rating Pak Lah jatuh kepada 71 peratus menjelang PRU 2008 ekoran kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, walaupun hampir 10 tahun meninggalkan tampuk pemerintahan, namun nama Dr Mahathir, Penaung Perkasa, masih meniti di bibir masyarakat hari ini.

Meskipun sering digambarkan sebagai pemimpin yang zalim oleh pembangkang, nama Dr Mahathir selaku tokoh yang disegani langsung tidak terjejas.

Sebaliknya pandangan dan komen-komen beliau sering mencuri perhatian media termasuk mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ibrahim berkata, maka tidak hairanlah PRU13 ini juga bakal menyaksikan “sambutannya cukup hebat, jadi maknanya kita tidak boleh nafikan bahawa Mahathir mempunyai pengaruh di kalangan “silent supporters” termasuklah orang bukan Islam, jadi beliau ada pengaruh, jangan main-main”, ujar beliau.

“Sebab itu pembangkang risau dengan Dr Mahathir, sebab orang terimanya sebagai orang lama, orang yang berpengalaman 22 tahun menjadi Perdana Menteri, orang mengiktiraf jasanya, jadi maknanya percakapan-percakapannya ada pengaruh dari segi pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, Ibrahim Ali menjelaskan tindakan Dr Mahathir itu bukan kerana menjaga kepentingan peribadi sebaliknya demi keamanan, kesejahteraan dan kemahsyuran Malaysia dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Umurnya pun dah lanjut, “he’s not coming back”, maknanya dia dah pencen, tetapi kenapa dia terus bercakap sampai ke hari ini?

“Sebab Dr Mahathir tahu mereka yang berjuang sebelum Merdeka, pasca Merdeka sampailah dia menjadi Perdana Menteri 22 tahun, tidak mudah beliau nak bangunkan Malaysia masa ini, sehingga Malaysia menjadi negara tersohor. Kalau nak dibandingkan dengan negara Islam lain, negara dunia ketiga yang lain, jadi tentulah Dr Mahathir hendak pastikan bahawa apa yang dia buat selama ini kalau tidak bertambah hebat, kekal negara kita,” katanya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here