Karpal Mengamuk Lagi Siapa Berani Halang siapa! siapa! PAS ada beranikah? Anwar Ibrahim jangan ditanya! sebab itu bab yang paling dia suka! kerana yang membuatkan Karpal mengamuk berpunca dari Nasharudin. Nasharudin terlampau berani sangat menjolok sarang biadap.
Sebenar tindakkan Nasharudin adalah tepat sama sekali mempertahankan hudud dalam prinsip perjuangannya. Malah tindakan PAS tidak memecatnya juga adalah kerana takut akar umbi berpecah belah, kerana pengaruh Nasharudin kepada akar umbi bukannya sesuatu yang boleh dipandang remeh. Apatah yang dipertahankan Nasharudin adalah satu dasar yang sepatutnya diperjuangkan tampa berdalih lagi.
Tetapi masalahnya hanya Nasharudin berani bertegas berbanding yang lain jenis kecut perut melihat Karpal Singh. Sekarang Karpal Singh mungkin dikecewakan dengan paku buah keras dihentak di kepala karpal Singh oleh Nasharudin. Malah mungkin lebih marah lagi dengan faktor tindakan PAS masih menyimpan Nasharudin tampa sebarang hukuman.
Atas kemungkinan faktor di atas menyebabkan pada Ogos lalu, Karpal memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataannya berhubung isu hudud dan Islam. Malah Karpal sekali lagi menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. (Sinar harian 8 October)
Pada Karpal "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," tetapi tidak dapat difahami sejauh mana Karpal Singh tahu memahami kaitan hudud dan islam. Mungkin Karpal tidak berlajar yang orang islam fahami jika menidak dan meremehkan hukum hudud boleh menjejaskan akidah, jika tidak tahu cara dan sebabnya. Mungkin itu tidak diajar oleh orang PAS semasa mentarbiyah rang-orang DAP.
Walau apapun jawapan kedua pihak antara Karpal dan Nasharudin, persoalannya Karpal Mengamuk Lagi Siapa Berani Halang ?
Adakah lain-lain penyokong tegar Ariwanas membantu Nasharudin atau menyimbah minyak di api. Apa yang pasti inilah dugaan buat PAS untuk membuktikan diri samaada terus berpura-pura atau bersikap jujur dengan prinsip perjuangan mereka. Wahal hakikatnya inilah bala bila PAS terlampau sangat memperalatkan hudud sebagai kaedah meraih undi semata-mata, untuk mengjaga kepentingan kedudukan politik sampai ke Putrajaya, tampa menyempurnakan kepada tindakan yang sepatutnya.
Sekarang PAS hendak kemana memujuk demi demi setia kawan DAP atau melawan kemaraan Karpal Singh menyaman Nasharusin demi prinsip perjuangan menegak hukum islam. Hakikatnya jika PAS pakat-pakat tutup mulut bermakna mereka tidak kisah dengan matalamat menegakkan hudud sedangkan apa yang Nasharudin hanyalah mempertahankan prinsip parti dan matalamat menegak hudud! Jadi apa pilihan PAS sekarang. Yang Pecah Palak Mikir kerana PAS sendiri mencari bala bukan!
No comments:
Post a Comment