Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 9 October 2012

Pratonton Kereta Ketua Pemuda BN P. Pinang disimbah cat

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong kerugian hampir RM10 ribu setelah keretanya semalam di pecahkan oleh individu tidak dikenali dalam sidang media, pada Ahad. 

Beliau berkata, insiden tersebut berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 3.10 petang. 

Ketika kejadian, beliau bersama dua orang rakannya sedang mengadakan perbincangan mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran. 

Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari seorang saksi yang berada di situ.

"Menurut saksi itu, dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan, dan meninggalkan kawasan itu tergesa-gesa apabila sedar ada orangmenghampiri tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau kemudian melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5.30 petang, dan jumlah kerugian dianggarkan RM10,000.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here