Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 27 October 2012

Kontroversi Anwar Ibrahim Dan Skandal Scorpene Bermula Tahun 1991



Jika anda hendak tahu Kontroversi Anwar Ibrahim Dan Skandal Scorpene Bermula Dari Tahun 1991 Lagi ceritanya sudah tentu dikatam oleh Anwar Ibrahim. Dengan tahap permahaman dan tahu selok belok proses pembelian memnyebabkan Anwar menjadi mudah untuk mempergunakan sumber ini bagi menyerang Datuk Sri Najib.


Sebenarnya proses pembincangan pembelian Scorpene di dalam kabinet pada tahun 1991 dan dari situlah bermula kisah Kontroversi Anwar Ibrahim Dan Skandal Scorpene Bermula dengan peranan Anwar mengsensasikan isu ini demi kepentingan mendapatkan di Putrajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian kontroversi kapal selam Scorpene semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1995, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang penglibatan SUARAM dalam penyiasatan kes itu, hari ini. 
Syarikat dari Perancis DCNS telah memenangi kontrak bernilai €1 billion pada tahun 2002, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat pada tahun 2000, tetapi kumpulan tersebut menuduh kelulusan tersebut berlaku ketika beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990an. 
"Kenapa SUARAM tidak mendedahkan pembelian Scorpene itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim?" kata Dzulkarnain Taib, presiden Kelab Wartawan Muda di sidang medianya hari ini. 
Beliau mendakwa isu Scorpene dibincangkan dalam Kabinet pada tahun 1991.

"Dalam tahun 1995, menteri kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian Scorpene," kata Dzulkarnain. 
Beliau menerangkan kronologi tentang pembelian dua kapal selam itu, dan berkata perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2002 dan menerima kapal selam tersebut pada 2010. 
Pada 11 Oktober lalu beberapa kumpulan NGO berkata Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak mewakili plaintif dalam inkuiri di Perancis tentang perjanjian kapal selam Scorpene itu. 
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) peringkat Wilayah Persekutuan. 
Beliau bagaimanapun enggan menunjukkan dokumen tetapi hanya memberi nombor rujukan mahkamah pada dokumen itu. 

Bila ditanya apakah mereka tahu tentang permohonan SUARAM untuk menjadi plaintif bersama, Dzulkarnain berkata "tidak mendengar apa-apa" tentang permohonan 16 Mac. 
Beliau juga ditanya apakah mereka mendapat maklumat status plaintif bersama dari SUARAM. 
"Kami tidak mendapat maklumat, kerana maklumat yang kami dapat hanya pada 16 Mac," katanya lagi.
SUARAM 17 Oktober lalu berkata mereka masih lagi terlibat membantu siasatan di Perancis,dan berkata akan memberi keterangan di mahkamah Perancis pada 19 April . Sumber



No comments:

Isu Terkini

get this widget here