Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 21 October 2012

MB Kedah Azizan Kerugian RM13.49 Juta Perkara Biasa Tetapi Rakyat?

Kerajaan Pas Kedah banyak ketirisan Slogan telus, amanah dan perbelanjaan berhemat kerajaan Pas Kedah hanya indah di bibir apabila Laporan Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dan salah laku pentadbiran di peringkat kerajaan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, ibarat cacing kepanasan kerajaan negeri kini terpaksa berdepan kemarahan rakyat dan menjawab pendedahan audit berkenaan. "Mereka bercakap berkenaan pentadbiran telus dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi sekarang kerajaan Pas sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat. "Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco beliau perlu meminta maaf kepada rakyat kerana salah urus pentadbiran negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan audit terhadap pembelian saham projek pembalakan dan perladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) di Papua New Guinea (PNG) yang menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM13.49 juta. Menurut Ahmad Bashah, semasa sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, Azizan pernah menegaskan kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan. "Semasa menjawab soalan itu Azizan memandang ringan kerugian berkenaan dan menjawab soalan tersebut dengan tiada rasa tanggungjawab. "Tetapi hari ini, kita melihat kerugian melebihi RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini," katanya. Tambahnya, UMNO Kedah perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ketirisan itu. Ujarnya, dengan perkembangan terbaru daripada laporan audit itu juga SPRM boleh melihat semula kes berkenaan serta menyiasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121020/po_03/Kerajaan-Pas-Kedah-banyak-ketirisan#ixzz29tx3P2PL © Utusan Melayu (M) Bhd  ## Kalau bab kerugian semua perkara biasa tetapi kalau UMNO BN siap mereka mainkan isu! Tak cukup tanah dikejarnya. PecahPalakMikir puak2 nih!
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Isu Terkini

get this widget here