Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 24 October 2012

Nik Aziz Rela Korban Dan Kambing Hitam Untuk Santapan Ketuanan DAP























Ini bukan satu karangan semata-mata tetapi hakikat dari fenomena manusia yang kemaruk mengejar Putrajaya. Setelah para pejuang yang setia dengan prinsip asal perjuangan PAS dijadikan ternakan menanti korban dan Hasan Ali antara mangsa korban. Hanya untuk memenuhi kehendak ketuanan DAP mahu Ariwanas.

Demi mengcari harapan ke Putrajaya, Haji Hadi dengan berlapang dada memuji dan mengangkat DAP dalam ceramahnya berkata, orang ramai tidak seharusnya berasa pelik mengapa Pas sebagai sebuah parti Islam boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR. 

Semudah itu Haji Hadi memberi nas-nas yang menyebelahinya demi menutup kecelaruan perperangan antara Nasharudin dengan Karpal Singh soal hudud, hingga Harun Din tampil membantu Nasaharudin.

Sementara itu Nik Aziz sememangnya sependapat dengan Haji Hadi menyelar Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti. Itulah tahap kesetian Nik Aziz terhadap Karpal sanggup mengjadikan Nasharudin mangsa korban PAS untuk santapan DAP.

Kemudian diperburukkan lagi dengan Harun Din sendiri menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang pro pluralisme dan liberal dengan sengaja secara berdepan, membiarkan Akbar menghina islam manakala Anwar berdiam diri sambil memikirkan habuan popularitinya. 

Situasi bergini menyebabkan PAS perlu mencari satu alternatif dengan mengganti kambing hitam demi menyelematkan Karpal Singh dan Anwar Ibrahim dari dipandang serong dikalangan akar umbi. 

Siapakah calon yang sesuai buat masa ini kalau bukan Soi Lek. Walaupun lebih kepada menghidupkan semula isu lama. Tetapi PAS amat berharap sangat akar umbi mengalih perhatian untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional dan melupakan sengketa antara PAS dengan DAP dan PKR.

Inilah budaya PAS demi ketuanan DAP dan Ariwanas.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here