Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 15 October 2012

Pengakuan Malaysiakini BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PAS Tidak Dibayar



Apa sudah jadi? Modal tidak cukup ke atau dana kena sebat! Yang pasti ramai pecacai PAS enggan hadir kerana tidak bayar! Emm selama ini rupanya kerana bayar le yee yang ramai sangat datang serbu. Adakah kerana rakyat sudah muak dengan pembohongan BERSIH?

Ikuti kisah Pengakuan Malaysiakini BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PAS Tidak Dibayar

GEMPAR! Malaysiakini Mengaku BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PAS
Berita dari Malaysiakini.
Tidak seperti acara atau program pembangkang lain, Malaysiakini terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya baru melaporkan Konsert BERSIH malam tadi. Mungkin editornya pecah kepala memikirkan macam mana mahu memusingkan (spin) berita mengenai acara ini yang hanya dihadiri seramai 700 orang.

Itu pun Malaysiakini terpaksa meletakkan gambar di pentas untuk menutup kegagalan konsert ini. Untuk makluman pembaca, inilah gambaran sebenar jumlah peserta konsert malam semalam. Adakah sampai 700 orang seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini? Anda nilaikan.


Apa yang pasti, kehadiran peserta ke program anjuran BERSIH takkan ramai sekiranya penyokong upahan PAS tak turun. Walaupun konsert malam tadi dihadiri oleh Ronnie Liu, Ambiga dan Samad Said, namun kehadiran mereka tak sampai 500 orang pun. Semua orang tahu bahawa penyokong PAS takkan turun kalau tiada habuan.


Peserta perhimpunan BERSIH disediakan kemudahan termasuk wang 
2012/04/28 

KUALA LUMPUR: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini. 

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya. 
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri. 
Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan. 

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu. 

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang. 

"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel. 
"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini. 

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu. 

"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya. 

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. 

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara. 

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu. 

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor. 

"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya. - BERNAMAUntuk makluman pembaca, pembangkang akan mengadakan perhimpunan BERSIH pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Untuk perhimpunan pada 3 November, PAS Kedah telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa mobilisasi penyokong mereka ke Stadium Nasional. Ahli-ahli PAS seluruh negeri diwajibkan untuk turun ke Kuala Lumpur.

Cuma satu yang MyMassa mahu pembangkang jawab sebelum mereka menganjurkan BERSIH pada 3 November. Sekiranya mereka mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, kenapa PKR dan PAS Tumpat perlu mengimport pengundi dari Thailand untuk pertahankan Kerajaan PAS Kelantan?


*Pembangkang pun ada pengundi hantu jugak. Sebab tu berpuluh tahun pegang Kelantan, mereka tak tumbang dek bantuan pengundi dari Selatan Thai. Pada pilihan raya kecil Manek Urai, antara sebab PAS hampir tewas adalah kerana senarai pengundi hantu dari Thailand dipegang oleh bekas wakil rakyat tidak dapat dijumpai oleh jentera PAS pada PRK Manek Urai.
Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here