Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 28 November 2012

Bengang Dengan Doa KO BN Tertib Mengikut Rasulullah SAW


Semasa berdebat disini adalah hanba Allah terperangkap dalam hujahnya sendiri! Bukan untuk mengaibkan sesiap tetapi ada persoalan yang amat menarik untuk difikirkan untuk menilaikan kebenaran samada PAS benar berdoa berdasarkan tertib. Dalam situasi ini Hamba Allah tersebut telah Bengang Dengan Doa KO BN Tertib Mengikut Rasulullah SAW tampa mahu mengjawap persoalan sebenar.

Terlampau banyak individu pro PAS melaung-laung ayat sebergini untuk menyakin dan memenagkan hujah mereka. Tetapi jika kita amati apa kata Dr Asri terang menyebut soal adab dan itu tidak ada dalam doa KO UMNO BN PAS.

Persolan sebergini adakah PAS boleh menghujahkan akan kebenarnya? Atau sama seperti pecacinya yang Pecah Palak Mikir hendak putar belit?

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Umno malam ini mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar, kembali ke jalan yang diredhai.

Doa yang dibacakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, jelas menunjukkan niat Umno jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini.

2 comments:

Anonymous said...

dalam kita melihat kejahatan orang jangan lupa kejahatan kita ... takut-takut perbuatan orang yang kita laknat itu sebenarnya ada pada kita, maka laknat itu turun kembali kepada kita ... kata orang melayu lama ... fikir itu pelita budi ... ilmu menyuluh akal ... akal memandu hati ... hati menuju hasrat ... hasrat mengharap redaNya tetapi kalau ilmu tidak mampu menyuluh akal ... hati akan mati ... nafsu menguasi diri ... yang terang menjadi kelabu ... petunjuk tidak mampu dilihat kerana hati tidak mahu menerimanya ... yang salah dibela ... yang silap dipertahankan ... yang melakukan dosa besar (fasik) dianggap penyebar khabar mulia ... maka dia dijulang bagai perwira ... yang benar dipandang remeh ... yang ikhlas tidak diendah ... kebenaran dilihat kepada siapa yang bercakap ... bukannya kepada apa yang dicakap ... akhirnya diri menjadi punah ... kerana dendam sudah bernanah ... fitnah menjadi zikir harian ... berita dusta didengar enak ditelinga kerana puak kita yang khabarkan ... dosa siapa yang mahu tanggung ... bercerita ada atuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... mana bukti ... mana budi ... mana hati ... mana pekerti ... apakah ini bicara orang berilmu ... atau sekadar bicara penyedap halwa telinga ... sedangkan ada sabda nabi ... sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ...bicara ini untuk sesiapa sahaja yang membacanya ... lebih-lebih lagi kepada diri yang kerdil ini ... akhir kalam ... berfikirlah dengan akal yang terang ... dengan hati yang tenang ... dengan nafsu yang lenang ... biar setiap tindakan yang diambil mendapat redaNya ...

Anonymous said...


antara yang hak dan batil ....
antara yang benar dan dusta ...
ilmu menjadi petunjuk ...
sejarah tidak pernah berdusta ...
hanya kita lupa merujuk ...

bicara sang pemimpin "ada datuk melihat vidio lucah dengan cucunya"
tiada bukti ... tiada saksi ... bicara semata untuk menghibur hati ... pendengar mendengar seronok sekali ... gegak gempita sahut-menyahuti ...
adakah bicara itu ... merujuk ilmu yang hakiki ... pada sabda nabi ... yang penuh bererti ...sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ... apakah kita patut katakan kepada sang pengcerita ... doakan dia semoga diazab penuh kesakitan sebagaimana sabda nabi dan sebagaimana doa sang guru agung pohon kemusnahan atau ... mohon ampun atas dosanya ... kerana dia dan kita sering terkhilaf dalam mengatur bicara yang terkadang terkeluar dari batas ilmu, budi dan pekerti...

Isu Terkini

get this widget here