Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Join us

Wednesday, 21 November 2012

Guna Bomoh ? Selepas PAS Doa KO UMNO BN pun Masih Gagal

Apa lagi PAS hendak buat jika doa KO UMNO BN tidak berhasil! Sebab selama PAS sering guna pendekatan doa kuburkan UMNO BN, tetapi sayangnya ketentuan Allah memihak kepada UMNO BN.

Adakah PAS akan sangup hingga ketahap hendak pakai bomoh pulak? sebagai perlengkap usaha PAS! sebab ikut apa yang diluahkan Mukhriz, memang akan membuatkan PAS semakin kuat dendamnya kepada UMNO BN, Terutama Nik Aziz hingga sering mengelak dan menolak penyatuan UMNO PAS demi perpaduan ummah.

Umno tidak sanggup doa kehancuran umat seagama

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: November 20, 2012ALOR SETAR -

Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak tergamak untuk mendoakan kehancuran mana-mana pihak terutamanya melibatkan rakyat negara ini sendiri yang seagama walaupun ada perbezaan ideologi politik.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan berhubung doa Pas mahu menghancurkan Umno kerana Pas sering mengadakan solat Hajat dan berdoa seumpamanya apabila ada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mereka sering melakukannya apabila ada PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK) beberapa hari sebelum hari membuang undi. Bukan setakat membuat solat Hajat untuk kemenangan, tetapi kadang kala berdoa BN hancur.

“Bagaimanapun, hajat mereka tidak kesampaian kerana separuh PRK dimenangi BN. Terpulang kepada setiap orang untuk mentafsir sendiri apa maksudnya,” katanya kepada media pada majlis prapelancaran Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 di D’ Futsal Centre di sini, kelmarin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

http://www.facebook.com/pages/Ko-Bn-Bn-Ko

Langgan Melalui Email

Lagi Post Pecah Palak Mikir