Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 21 November 2012

Tunku Abdul Aziz Bongkarkan Skandal Perebutan Kuasa Antara PAS & DAP

Perebutan jawatan PM bukti pakatan pembangkang tak boleh dipercayai

Kuala Lumpur: Perbalahan jawatan Perdana Menteri antara PAS dan DAP menunjukkan terdapat kepincangan serius dalam pakatan pembangkang.Justeru, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil risiko menggadaikan kemakmuran dan kemajuan negara ini dengan memilih parti yang salah.

“Perebutan jawatan secara terbuka jelas menunjukkan mereka tidak boleh dipercayai. Sekiranya mereka memerintah, pasti kebajikan rakyat akan terabai kerana menghabiskan banyak masa untuk berebut jawatan,” katanya kepada BH.

Tidak boleh eksperimenBeliau mengulas kenyataan DAP yang terus mempertahankan pendirian parti itu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Dewan Ulama PAS mahu Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di negara ini.

Tunku Abdul Aziz berkata, tugas memimpin negara pelbagai kaum dan agama tidak semudah seperti dibayangkan pembangkang dan tidak boleh melakukan eksperimen dengannya.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hasrat PAS yang mahukan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.

“Belum jadi kerajaan sudah berebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Abdul Hadi dan Anwar, malah, Karpal Singh pun hendak jadi Perdana Menteri juga,” katanya.

Ditanya mengapa DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini dengan menggunakan Anwar.

Tumpu pilihan rayaPenganalisis politik, Prof Dr Attory Hussain, berkata DAP hanya bekerjasama dengan PAS untuk meraih undi Melayu.

Beliau berkata, sekiranya PAS mahu jawatan itu, mereka perlu bertanding 89 kerusi dan menang sekurang-kurangnya 80 daripadanya.“Sekiranya jumlah kerusi itu boleh dicapai, PAS tidak perlu melobi kerana DAP dan PKR akan menyerahkannya kepada mereka seperti mana komponen BN terhadap UMNO,” katanya.

Di Alor Star, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan kepada pilihan raya dan fikirkan soal calon Perdana Menteri selepas menang. Sumber Berita Harian.
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Isu Terkini

get this widget here