Sungguh sedap ayat-ayat ucapan Lim Guan Eng. Wahal Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis. Cuba kita renungkan ucapan Lim Guan Eng ini
Kita amat bersyukur kerana rancangan, projek dan program Kerajaan Negeri yang dilaksanakan telah berjalan lancar dan dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang walaupun pelbagai rintangan, cabaran dan sekatan perlu diharungi. Kejayaan ini berkat sokongan padu yang diberi oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir, yang menjadi sumber kekuatan kepada Kerajaan Negeri untuk melipat gandakan lagi usaha dalam meneruskan pembelaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Kemudian ditambah lagi kononnya
Prinsip asas Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah menjadi penyumbang kepada kejayaan yang dikecapi oleh Pulau Pinang hari ini.
Tetapi sejauh mana fungsi benar-benar membantu rakyat Pulau Pinang jika kita mengikut kenyataan ini.
GEORGETOWN: Kerajaan negeri DAP menuntut bayaran penuh RM22.4 juta daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk pembelian tanah seluas 0.44 hektar bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, di sini.Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah seluas 49,794 kaki persegi itu kepada BN dengan harga RM450 sekaki untuk pembinaan rumah PPR mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan.Menurutnya, walaupun BN telah memberikan wang pendahuluan berjumlah RM22,183 kelmarin namun mereka perlu menjelaskan bayaran keseluruhan untuk urusan pemberimilikan tanah."Selagi BN tidak membuat bayaran penuh maka urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan."Kerajaan negeri memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan bayaran penuh itu,"katanya pada sidang media.
Itu kisah sebelum 30 hari ketika Parti gerakan membayar pendahaluan untuk membolehkan Pembankang Pulau Pinang Merialisasikan keperluan rakyat kurang berkemampuan mendapat rumah mampu milik di Pulau Pinang. Ini pertama kali dalam sejarah Pembangkang keluarkan dana membantu rakyat mendapatkan rumah setelah terpaksa membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri
Kita fikirkan soal ini akan selesai tetapi lain pula jadinya. Kerana terang-terang Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis
GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia parti Gerakan negeri mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan terma dansyarat jual beli tanah Taman Manggis bagi membolehkan urusan pembayaran danpembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan segera.Ketuanya, Baljit Singh berkata pihaknya mahu perjanjian yang jelas dibuat antara kedua belah pihak mengikut undang-undang pemilikan tanah supaya tiada masalah berbangkit di kemudian hari."Itu operasi yang standard jika tidak urusan jual beli tidak boleh diproses dan sehingga kini status tanah itu masih tidak diketahui," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Tanah di Taman Manggis sepatutnya dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua. Bagaimanapun kerajaan negeri menjualnya kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.Baljit berkata ini bermakna kerajaan negeri telah menjual tanah itu dua kali dan pihaknya ingin tahu sama ada perjanjian jual beli tanah dengan pembeli pertama telah dibatalkan atau tidak.
Persoalannya permainan apa lagi yang Lim Guan Eng sedang rangkakan sedangkan ini untuk membantu rakyat. dan jika kita renungan ucapan awal tadi terang-terang amat bercanggah dengan mulut yang lefaz dan realiti sebenar pengtabiran Lim Guan Eng sebagai Menteri Besar Pulau Pinang.
Apa yang kita nampak Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis
No comments:
Post a Comment