Memang seronok mendengar segala taburan janji Anwar Ibrahim di dalam kempen merampas tahta Perdana Menteri Malaysia. Anwar sekarang semakin nekad semakin bersungguh untuk mengejar cita-citanya. Tapi tahukah kita hal Wajah Sebenar Pakatan Rakyat Terselindung Disebalik Gula-gulanya
Jikalah Anwar mengejar cita-cita dengan keikhlasan sudah tentu, semasa zaman Tun Dr Mahathir dia telah mengcapai cita-cita tersebut. Tetapi sayang Anwar terlampau kejarkan sesuatu yang terdesak kerana sifat peribadinya yang sering terjebak dengan kelakuan menyimpang dari moral yang normal.
Kerana ini Anwar telah terikat dengan jerat yang dicipta dirinya sendiri! Umum mengetahui yang Anwar Ibrahim gagal melepas diri dari skandal liwat, video China Doll, bersama Shansidar dan banyak lagi isu moral.
Ini mengjadi satu perangkap buat Anwar apatah Singapura juga dikabarkan menyimpan bukti-bukti menggambarkan Anwar yang rosak aklak. jika ini benar bermakna Anwar bakal mengjadi Perdana Menteri Boneka yang pertama di Malaysia.
Seperkara lagi Anwar Ibrahim memang mempunyai kaitan rapat dengan SUARAM. Kerana SUARAM adalah menjadi NGO yang tidak berdaftar telah bergerak aktif dalam kempen mengjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ini satu bukti terkuat Wajah Sebenar Pakatan Terselindung Disebalik Gula-gulanya iaitu untuk menyembunyikan peranan SUARAM sebagai ejen membantu Anwar Ibrahim.
SUARAM telah mengakui mendapat dana dari Soros dan menggunakan modal yang ada untuk operasi mengcari jalan mengjatuhkan kreditbiliti Najib Razak, dengan mengcipta skandal Scorpene malah mengaitkan pembunuhan Antaltuya didalangi Najib Razak. Wahal isu ini gagal dan anda dapat rujuk disini.untuk mengetahui lebih detail
Setelah pelbagai serangan persepsi menemui kegagalan! Anwar sedar untuk menyaingi kekuatan Najib Razak bukannya satu misi mudah.
Anwar bertindak menggunakan gula-gula baru sebagai janji mengeliurkan rakyat, wahal janji-janji PRU12 gagal samasekali diunaikan oleh Anwar Ibrahim.
Anwar tidak berminat untuk membuka kembali apa janji yang gagal ditunaikan pada PRU12 tetapi cuba menyembunyikan masalah itu dengan janji-janji terbaru. Malah lebih mengejutkan Khalib Ibrahim cuba mengawal keadaan dengan mengatakan "Manisfesto bukan janji yang perlu ditunaikan".
Jadi apa makna kempen Manifesto terbaru Anwar Ibrahim sekarang kalau dia bukannya janji-janji yang perlu ditunaikan? Rujuk disini bagaimana mereka terjermahkan Manifesto
Awas Anwar semakin giat menyampaikan ceramah-ceramah terbaru untuk memikat rakyat dengan gula-gulanya terbaru penuh mengeliurkan sebagai umpan perangkap mendapat undi rakyat. Persoalannya jika Anwar mengjadi Perdana Menteri adakah sumbangan dana Soros tidak menuntut apa-apa hak keatas susah-payahnya menyalurkan dana kepada kempen Anwar sebagai Perdana Menteri.
Jadi beringat sebelum mengadi mangsa yang menggadaikan negara. PecahPalakMikir Wajah Sebenar Pakatan Rakyat Terselindung Disebalik Gula-gulanya
No comments:
Post a Comment