DAP Serang PKR " Tiada Hala Tuju " Apa Sudah Jadi dengan kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat? Nampaknya bukan retak menanti belah tetapi nampaknya belah menanti berkecai.
Mengikut lapuran KL Pos:
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang menganggap parti tersebut mengamalkan ideologi yang tidak sihat dan tiada halatuju yang tepat.
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata, PKR yang telah ditubuhkan bermula era kebangkitan reformasi 13 tahun yang lalu telah memberi sumbangan besar terhadap perubahan lanskap Negara.
“Semenjak kewujudan parti PKR, saya melihat banyak perkembangan baru di dalam politik Malaysia terutama sekali dari segi politik pembangkang di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional.
“Ini bagi saya merupakan fakta membuktikan bahawa PKR telah berjaya membawa satu sinergi, tenaga baru, di dalam politik di tanahair.
"Dan mengenai pandangan bahawa PKR ini ideologi yang tidak sihat, saya berpandangan bahawa ia merupakan pandangan peribadi beliau yang bagi saya tidak mewakili kebanyakan penyokong PKR mahupun rakyat kebanyakan,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.
Sambil menganggap tuduhan tersebut bersifat peribadi, Yusmadi menegur Pemimpin Veteran DAP itu agar lebih fokus dalam memberi sumbangan demi memperkukuhkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat.
“Selaku orang politik berpengalaman, saya rasa beliau sepatutnya lebih arif keadaan sebenar di lapangan yang mana pada pandangan saya sekarang ialah politik baru..bukan politik lama,” ujarnya.
Zulkifli dalam kenyataannya kelmarin mendakwa PKR pada masa kini kian hilang tumpuan malah mengamalkan ideologi yang tidak sihat.
Katanya, parti tersebut dilihat semakin hilang hala tuju yang tepat dan hanya mempertahankan individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber
Bergitulah cara-caranya hulubalang ehh silap! HuluBelang-belang PKR cuba pertahankan kedibiliti Anwar dari terus-menerus jatuh merudum angkara nafsu buasnya sendiri. Sebenarnya apa yang diutarakan ahli DAP adalah amat tepat sekali jika diteliti apa yang Nurul Izzah lakukan! Apa yang Anwar lakukan dan corak pentabiran PKR di Selangor keseluruhanya amat mengecewakan!
Kerajaan Selangor sekarang cukup membuktikan penuh penyalahan kuasa dan penafian hak kebajikan rakyat. Tetapi biar sejauh mana pun rakyat Selangor mempersoalkannya! PKR tidak penah mengambil langkah positif untuk mengemas kini dimana-mana kekurangannya sebaliknya melenting dan mempertahankan kroni tampa menyelesaikan masalah. Walaupun adakala mereka akui kerajaan Selango masih baru tetapi tidak penah meneliti kekurangan untuk pembetulan. Sebaliknya disalahkan orang lain demi menutup kelemahannya. Inikah kerajaan yang layak memerintah negara.
Mengenai apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff, hanyalah helah biasa-biasa dilakukan PKR yang sama seperti ketua Hapraknya Anwar Ibrahim yang tengah sebok mengaturkan himpunan Selamatkan Shamsidar dari menjadi saksi di Mahkamah. ini ke pemimpin yang mengutamakan rakyat atau menyembunyikan masalaha peribadi dengan mengarahkan semua anggota PKR menjadi pecacai pelindung nafsu serakah Anwar?
No comments:
Post a Comment