Rasa PPM! Semuanya berasal dari tangapan pertama PAS sekadar mencabar RTM memberi ruang untuk Haji Hadi secara berseloroh. Kerana mungkin terlampau yakin itu mustahil berlaku.
Tiba-tiba benar-benar diperkenankan dengan kehadiran bersama Jakim dalam siaran tv disamping para ulama dari UMNO.
Pendapat PPM. Tindakan ini bijak kerana pertemuan tiga penjuru lebih afdal berbanding antara PAS dan UMNO semata-mata. Mengikut kata Mahfuz soal ini tidak melibat Jakim kerana ini masalah PAS dan UMNO. Kesimpulan pada PPM, Mahfuz gambarkan ini masalah politik semata-mata. Wahal pada Jakim dan tangapan masyarakat islam Malaysia ini masalah akhidah umat dan perpaduan masyarakat islam melebihi tangapan isu politik semata-mata.
Kemudian datang pula Salahuddin Ayob menuduh Jakim hendak jadi hero kerana alasannya: Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak. Sinar Harian Pada padangan PPM menyifatkan gambaran Salahuddin Ayob salama ini Jakim buat tidak kisah atau tidak ambil berat selesaikan isu ini. Cuba baca text di bawah ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini. Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya.
Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir. Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah belah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah.
“Jadi, kita akan panggil pemimpin PAS berkenaan untuk perbetulkan amanat itu. Jika tidak berjaya, mungkin akan ada tindakan lain sebab peruntukan undang-undang itu ada dari segi aspek memecah-belah keamanan, membawa situasi tidak aman, sama ada kepada masyarakat kecil, komuniti dan sebagainya.
“Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik,” katanya kepada BH, semalam. Mengenai pendirian pemimpin PAS yang menafikan Amanat Hadi itu mengkafirkan UMNO, Othman berkata, pihaknya mempunyai bukti jelas bahawa ia memang mengkafirkan UMNO.
“Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada. Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang UMNO tak boleh.
“Di kampung saya (Kelantan), sampai sekarang masyarakat masih berpecah-belah kerana amanat itu,” katanya. Mengulas cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi bahasa Melayu, beliau berkata, dalam konteks ulama, mereka berpandangan perkara itu tidak perlu dikaji kerana sudah ada ketetapan kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam.
“Ketetapan sudah lama dibuat, muzakarah (fatwa) pun sudah bincang. Isu ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana boleh mengelirukan umat Islam,” katanya. Sumber http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/12/confirm-lepas-ni-jakim-dituduh-jadi.html?m=1
Adakah text ini menggambarkan selama ini mendiankan diri atau Mahfuz dan Salahuddin tidur tak lena mengenang apalah nasib Haji Hadi? Berkenaan Salahuddin berkata tidak pernah nampak masyarakat dirosak dari Amanat Haji Hadi 1981 rasa Jakim sudah jelaskan dan renungkan poster di bawah ini
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment