Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 8 January 2013

Amanat Haji Hadi PAS Sedang Mencari Petualang Demi Selamatkan Petualang



Kecoh huluMalang PAS bekerja keras untuk mengjaga reputasi PAS. Ini bukan soal siapa Haji Hadi mahupun soal Amanat Haji Hadi 1981. Ini soal maruah PAS! imej PAS, reputasi PAS dan keuntungan PAS ketika diambang PRU 13.

Apatah pula! Haji Hadi bakal dicalonkan Perdana Menteri jika Pakatan menawan Putrajaya. Itu harapan akar umbi PAS walaupun PKR dan DAP akan menghalangnya.

Bila Hadi sebagai PM! HuluMalang PAS tidak boleh membiarkan Hadi menarik balik Amanat 1981. Tidak boleh sama sekali! Kalau ditarik! Alamat hilang kepercayaan atas pagar dan paling menakutkan hilang kepercayaan akar umbi! Kena akar umbi pakat-pakat cabut lari, dek angkara hilang kepercayaan tahap kemampuan dan imej Haji Hadi, alamatnya atas pagar takut menghampiri PAS.

Itulah bahana jika menarik balik Amanat Haji Hadi 1981. Soal ini mudah difahami jika kita mengkaji perbezaan pendirian Haji Hadi sekarang dengan Amanat Haji Hadi 1981 adalah 2 perkara yang berlawanan. Sepatutnya ditarik balik salah satu. Bagaimana Haji Hadi hendak menarik balik yang terbaru sedangkan Haji Hadi pernah bermaksud "Hubungan dan kerjasama PAS dan DAP berdasarkan perlembagaan sedia ada.

Kalau bermaksud sedia ada itu! bukankah bertentangan dengan Amanat Haji Hadi 1981? Jadi bolehkah gugur amanat Haji Hadi 1981? Kalau gugur bagaimana dengan hampir separuh ahli berani mati PAS, yang taksud dengan Amanat Haji Hadi 1981? Bagaimana jika hati luluh menyesal dek tersalah pilih parti? Sanggupkah PAS ambil resiko?

Sedangkan pelaksaan Hudud dan Dasar Negara Islam PAS masih dan terpaksa bertalam dua muka dengan mengatakan tidak dilaksanakan kepada kumpulan Pakatan Rakyat demi menjaga undi bukan islam dan menafikan hudud dan negara islam digugurkan kepada akar umbi dengan alasan buat kerja tidak boleh tergopoh gapah! bila berhadapan dengan orang islam. Bila sampai masa PAS akanlaksanakan. Itulah janji yang berkumandang setiap ceramah PAS diserata ceruk negara.

Dalam isu Amanat Haji Hadi, juga digunakan kaedah yang sama! jika menarik balik amanat tersebut pecahlah tembelang dan hilanglah taring sebenar PAS yang hanya mampu raih sokongan masyarakat islam dengan hanya mengciptakan ayat bayangan (ayat berkias tidak secara langsung supaya UMNO susah menyerang balik) yang membolehkan akar umbi bertindak melampau batasan akhidah. Iaitu mengkafirkan antara sesama islam. Kalau kerajaan islam sedia ada yang sah boleh dijatuhkan dengan memberi bayangan permahaman akar umbi menjadi taksud kafirkan siapa sahaja menentang PAS. Bukankah itu strategi yang susah untuk dipatahkan? Jadi kenapa harus ditarik balik?

Sama seperti masuk PAS janji syurga! PAS berdalih mengatakan tidak pernah berkata undi PAS masuk syurga tetapi memberi bayangan ayat berkias undi PAS masuk syurga. Itulah contoh untuk menggambarkan bagaimana Amanat Haji Hadi 1981 masih berfungsi dan masih mempunyai kelebihan buat PAS. Jadi mengapa harus ditarik balik?

Pernahkah anda dengar istilah ini? PAS itu parti Islam dan kalau menentang PAS bererti menentang Islam! Kerana apa? kerana Amanat Haji Hadi 1981 berjaya menyemaikan budaya mengkafirkan siapa sahaja menjadi seteru PAS! lihat poster ini

Sebab itu rugi buat PAS menarik balik Amanat Haji Hadi 1981 sedangkan Amanat Haji Hadi 1981 banyak beri kelebihan buat PAS. Sebab itulah huluMalang perlu carikan watak petualang mengkhianati PAS tetapi kalau difikirkan kesan Amanat Haji Hadi 1981 menecah belah umat ini dan bagaimana PAS menipulasikan islam demi meraih sokongan dan pengaruh, Bukankah wajar kita melebelkan mereka sebagai petualang Agama Bangsa Negara? PecahPalakMikir sengaja luahkan! demi selamatkan Agama Bangsa dan Negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here