Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 28 January 2013

Ariwanas Kesetiaan Dan Kebanggaan Nik Aziz


Semuanya berlaku seperti yang diramalkan umum. Akhirnya kecundang jua pejuang keikhlasan diatasi sindrom Ariwanas. Itulah nasib Nasharudin Mat Isa dan Hassan Ali yang ditendang tampa bicara.

Kenapa tiada lagi ruang untuk pejuang yang ikhlas dalam PAS. Adakah kerana PAS sedang merevolusikan falsafah perjuangan yang sealiran dengan dunia moden ini? Sesungguhnya Ariwanas berjaya membawa PAS keluar dari kelompok Dasar Negara Islam kepada dasar yang lebih libral, lebih pluralisme, lebih sosialis dan setia tunduk kepada pengaruh cauvinis yang menopolisi sebahagian besar perjalanan Pakatan Rakyat.

Dari itu PAS akur dengan Malaysian Malaysia kerana ini sahaja boleh menukarkan pemikiran rakyat berbilang bangsa mendekati PAS dan memberi undi.

Benarkah bukan islam sanggup beri undi kerana sikap terbukaan PAS atau kerana PAS telah dijajah atau dipukau hingga membuta tuli melanggar dasar sendiri.

Sebenarnya PAS tidak kisahpun jika kemenangan mereka nanti ibarat batu tenggelam dari sabut yang timbul. Sebab yang penting Putrajaya dan bukan apa nasib nanti walaupun bumi yang kita semua pijak milik orang.

Apalah hendak dihairankan kerana itu sahaja harapan PAS merasa kuasa sebelum mati. Apalah hendak diragukan kerana PAS belum biasa buat kerja memenuhi rangka kerja sekarang dihintung dengan jangka pendek dan diperhalusi jangka mada panjang. Kerana selama ini PAS memikirkan apa yang mereka dapat harapkan dari Anwar dari memikirkan apa janji keikhlasan perjuangan islam demi Allah.

Kalaulah benar mereka mengakui lebih islam. Salahkah mereka menegur Lim Guan Eng memohon maaf kerana keterlanjuran mendesak Khalimah allah digunakan kata ganti god dan lord dalam bible versi melayu?

Atau mungkin pro berangapan UMNO BN terlampau memperlecehkan islam tetapi bagaimana dengan ini.

Atau PAS dapat diharapkan membawa hudud? Tetapi kenapa PAS mesti bertalam 2 muka dengan akur kehendak Pakatan Rakyat mengeluarkan hudud dari buku jingga. Dalam masa yang sama mereka berdolak dalih menggangkat diri sebagai lebih islam yang mampu lakukan apa jua janji.

Betulkah PAS pegang pada janji?

Atau betulkah PAS sahaja mampu tegakan negara islam?

Sebenarnya PAS hanyalah pak turut dari umpan ke Putrajaya dan penyumbang perpecahan ummah


Kerana jenis parti yang tidak boleh terima teguran dan pandangan dari orang lain seperti dari maksud Dr Maza. Kenapa? Adakah kerana inilah bahana orang yang kuat beribadat dan mendabik dada lebih islam. Hanya allah yang tahu tetapi sebagai manusia biasa ramai yang perasan PAS sedemikian rupa, cuma tidak mahu suka-suka menuduh atau melebelkannya.

Hakikatnya kewujudan Nasharudin dan Hasan Ali adalah anugerah Allah buat PAS untuk seimbangkan jika terlanjur bukannya amugerah allah buat pengiat seni perlakon video china doll. Atau pembela perjuang halang saksi ke Makamah dan itupun PAS lah juara pembelanya walaupun dalam hati mereka sendiri was-was siperlakuan yang mereka bela?

Sebenarnya PAS sedar mereka terlanjur tersasar dari dasar tetapi keegoan sahaja yang menghalang kebenaran. Sebab itu Ariwanas adalah kuasa melebihi murshidul am PAS malah bakal menjadikan Hadi sebagai hamba pensuci dosa kerakusan sebagaimana fungsi munyak pelincir kereta.

Cuma adakah anda juga sebahagian dari mereka?



Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here