Di Malaysia kebebasan bersuara dan itu hak Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin bersuara dan berpegang kepada analisis yang mencetuskan kontroversi bahawa Pakatan Rakyat (PR) ada kemungkinan boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.
Sebenarnya sikitpun kami tidak kisah! Tetapi atas dasar kebebasan bersuara yang seperti mana Azrul Azwar gunakan! Kenapa pula mesti keluarkan kenyataan "Saya juga memberi notis kepada pemblog-pemblog, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang mahu memburukkan reputasi saya dan membuat kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan integriti dan kredibiliti prestasi kerjaya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan bagi melindungi reputasi saya," kata Azrul Azwar.
Adakah Azrul Azwar seorang sahaja berwibawa mengeluarkan analisis hingga ketakutan jika ada orang lain membidas? Bukankah sebagai seorang pengalisis berwibawa dan berintegriti akan mendengar maklum balas dan berhujah tampa perlu memberi notis seakan amaran kepada orang lain supaya tidak berani menyangkal?
Keduanya! Bukankah itu hanya ramalan yang Azrul sendiri berkata dalam subjek KEMUNGKINAN. Kalau masih ada kemungkinan disebut bermakna masih ada ruang untuk kesalahan boleh berlaku di antaranya.
Jadi bukankah analisis Azrul sama sahaja dengan mana-mana analisis lain yang sekadar mengharapkan kemungkinan.
Biasanya pengalisis akan mengambil kira berberapa faktor yang tidak diduga dan tidak diketahuinya sebagai penyebab boleh merubah keputusan analisa. Sebagai langkah selamat, pengalisis meletakkan kemungkinan sebagai ralat jika keputusan sebaliknya. Lebih terus-terang sebagai langkah terbaik menyangkal sebarang ralat daripada integriti pengalisis pula jatuh ketika ramalannya silap. Malah Azrul menyediakan analisis berdasarkan tiga senario iaitu kemenangan tipis Barisan Nasional (BN),
kemenangan tipis PR
dan kemenangan besar bagi PR.
Persoalannya kenapa mesti menyedia 3 senario?
bolehkah kajian ini boleh dianggap cukup berwibawa?
Kenapa Azrul gagal menyediakan 1 sanario sahaja sebagai bukti tahap integritinya?
Tentu Azrul punyai alasan tersendiri bukan? Jadi tidak salah juga orang lain punyai pandangan berbeza?
Sebab itu wajar ke tidak? pada mata masyarakat menyangkal hasil analisis Azrul berdasar padangan mereka, setelah melihat Azrul terpaksa menyediakan 3 senario?
Seakan ternampakan tidak bergitu yakin dengan analisis dibuat kepada satu senario sahaja?
Salahkah jika ada orang berfikiran sedemikian?
Kesimpulannya apa jua analisis Azrul, masih ada ruang yang pihak lain nampak perbezaan pendapat dan sudah tentu Azrul boleh terima sebarang pandangan dengan terbuka bukan?
Ke3 bagaimana yang dimaksudkan berbau fitnah oleh Azrul? Adakah bertindak balas memberi jawapan yang menyangkal analisis Azrul boleh dianggap berbau fitnah? Atau pendapat awam yang memberi alasan yang analisis Azrul dipengaruhi oleh kecenderungan kepada pro PR juga dianggap berbau fitnah? Salahkah kalau mereka berkata sedemikian atas dasar analisis mereka sendiri? dan mereka juga mempunyai hak menggunakan hak kebebasan bersuara bukan?
Bagaimana pula petikan ini. sumberhttp://www.klxpress.com.my/?p=6898
PETALING JAYA: Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung tugas merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan sebaliknya beliau berkata Azrul telah lama menjadi ahli parti itu. “Saya tidak pasti sejak bila dia (Azrul) jadi ahli PKR. Cabang mana pun saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.
BAGAIMANA CARA PENILAIAN RAKYAT DARI PETIKAN TADI?
Fikirkan semula Azrul membuka satu persoalan kepada masyarakat untuk menilai dan salahkah jika ada pihak menyangkal kerana masing-masing punyai kaedah analisis tersendiri?
Persoalan 4, yang masyarakat pro PR cuba menyelar Bank Islam yang mungkin mengambil tindakan terhadap Azrul. Juga harus faham situasi Azrul tampil sebagai seorang Ketua Ekonomi Bank Islam. Walaupun Azrul cuba tampil sebagai suara mewakili prinsip peribadi tetapi selagi dia bekerja dengan Bank Islam masih tetap wajip mengjaga imej bank yang ingin bersifat berkecuali dalam soal politik kerana dikalangan pelangannya terdiri dari pelbagai status sokongan politik. Tetapi ramai cuba kaitkan dengan desakan politik dan biasalah semakin ramai mahu mensensasikan?
Sebagai Pengalisis yang berintegriti sepatutnya Azrul sedar yang hujahnya juga boleh memberi impak yang boleh menjejas perancangan Bank Islam. Bukankah itu antara faktor yang diambil kira dalam kerja-kerja Ketua Ekonomi mana-mana bank? Dan sudah tentu Azrul faham apa dimaksudkan "asas-asas yang wajar" dan jenis penyebab yang boleh diangap sebagai melanggar dasar dalaman bank.
Jadi kalaulah Bank Islam bertindak sedemikian, wajarkah masyarakat menyalahkan Bank Islam?
Azrul menyuarakan hak mengjaga reputasinya dan tahukah Azrul yang Bank Islam juga mempunyai hak mengjaga reputasinya? Sekarang Azrul bekerja makan gaji dengan Bank Islam. Jadi reputasi siapa yang harus dijaga dahulu?
Sebagai pengalisis yang Azrul rasa dirinya cukup berwibawa tentu dapat fikirkan dimana punca silapnya dalam isu ini?
Published with Blogger-droid v2.0.10
1 comment:
bodoh macam lembu. dah nama pun analisis ekonomi mesti la ada lebih daripada satu kebarangkalia. hang bgaji sekolah mana bangang?
Post a Comment