Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 23 January 2013

[video] Bukti Lengkap Nizar Kantoi Dedahkan Dokumen Pampasan RM207 bilion


Kadang-kadang inilah masalahnya, apabila dapat maklumat yang kurang lengkap sudah canang satu dunia bahawa bukti yang ada sudah cukup kuat dan untuk untuk membuktikan sesuatu. Ada kalanya pendedahan sangat baik untuk rakyat, menyelamatkan duit rakyat dan sebagainya. Tetapi…tetapi adakalanya juga pendedahan yang dilihat melulu tanpa usul periksa yang betul agak menjengkelkan sebenarnya. Contoh?


Sekarang ini isu pampasan RM207 bilion menjadi hangat. RM207 bilion? Ya…..RM207 tidak salahlah angka yang diungkap oleh Datuk Nizar Jamaluddin. Begini RM207,000,0000,000 begini? Ya….100% tepat. Maknanya bukan satu jumlah yang kecil. Sangatlah besar.


Datuk Nizar mempersoalkan ke mana perginya duit berjumlah RM207 bilion yang sepatutnya dinikmati oleh kalangan 30,000 ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Kereta api Siam ke Burma 1942-1946 yang mana mereka mendakwa kerajan Jepun telah membayar telah membayar kepada kerajaan Malaysia sejumlah wang tersebut tetapi malangnya buruh yang terlibat dalam “tragedi” tersebut tidak menikmati imbuhannya.


Pada pemikiran kami, jika benar sekalipun pampasan itu memang pihak Jepun ada beri kepada kerajaan Malaysia, angka RM207 Billion yang dicanang selama ini agak terlalu besar. Jika 207 Billion yen mungkin masuk dek akal juga dan jika ditukar kepada matawang Malaysia hanya bersamaan RM7.2 Billion.

Walaubagaimanapun, sebelum itu, ada baiknya kita perhatikan satu persatu dokumen yang kami perolehi setakat ini bagi menjawab isu pampasan RM207 bilion. Kami sempat meneliti laporan berita di Harakah Daily (DI SINI) dan kami tertarik dengan memo yang mereka lampirkan bersama sebagai bukti dan menyokong perjuangan mereka menuntut RM207 bilion :
Memo Isu RM207 Bilion Isu Pampasan RM207 Bilion Untuk 30,000 Bekas Buruh Landasan Kereta Api Maut (1942 1946). Fakta @ Auta?


Sudah perhatikannya? Sejak bila Kementerian kewangan Malaysia (MOF) mempunyai Bahagian Pengeluaran Bayaran? Anda sendiri boleh membuat di portal Kementerian Kewangan Malaysia melalui link ini :

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=123&Itemid=152&lang=my.

Terdapat kemusykilan pada memo tersebut di mana :
  1. No Rujukan, sepatutnya KK bukannya KKM
  2. KSP bukannya KSU
  3. Nama sepatutnya tanpa Datuk
  4. Ada ejaan yang salah, PERITMBANGAN
Ada bahagian pengeluaran bayaran? Kami juga tidak pasti bagaimana angka RM207 bilion boleh timbul. Ini kerana kalau disemak fakta yang sedia ada, timbul persoalan bagaimana Malaysia yang tidak seramai seramai ROMUSHA boleh dapat RM207 bilion pula. Andaikata mahu ditolong mereka ini sekalipun, berikanlah angka yang sepatutnya.

Jikalau kita baca semula mengenai ROMUSHA (istilah kepada buruh paksa dari Indonesia) yang diambil oleh Jepun untuk buat projek-projek Asia Timur Raya, antara 4-10 juta orang bilanganya yang di hantar ke seluruh indonesia dan negara-negara asia lain..
  1. Indonesia asalnya dapat 80 bilion yen ditukarkan USD 223 juta + rundingan semula dapat lagi tambahan menjadi USD 800 juta
  2. Indonesia dapat USD 800 juta pada tahun 1958, itu pun Jepun bagi dalam pampasan USD 223 juta dalam bentuk geran dan pakej
  3. Paling tinggi dapat pada Indonesia jikalau diikutkan anggaran nilai 800 juta itu pada indeks 2013 dalam USD7-10 bilion dan jika ditukarkan hanya sekitar RM 21-33 bilion sahaja
  4. Bagaimana Malaysia boleh dapat lebih daripada mangsa-mangsa ROMUSHA?
  5. Burma dapat 72 bilion yen ditukarkan ke USD => USD200 juta
  6. Filipina dapat 198 bilion yen ditukarkan ke USD => USD 550 juta
  7. Sekali lagi, Malaysia 2.9 bilion yen macamana boleh menjadi USD67 bilion / RM207 bilion?
Sumber asal : http://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20683/v683.pdf


Melihat memo yang dilampirkan, apabila disemak semula di carta organisasi MOF, Jawatan rasmi Datuk Zalekha Hassan sehinggalah tamat tempoh perkhidmatannya pada Mei 2011 ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan bukan bahagian pembayaran seperti surat dedahan yang Nizar Jamaluddin bawakan kepada penuntut wang pampasan tersebut. Setelah diselidik dan semakan dibuat dengan jelas bahawa Kementerian Kewangan tidak pernah mempunyai “Unit Bahagian Pengeluaran Bayaran”.

Secara logiknya…
  1. Adakah kalau ada apa-apa urusan sekadar cukup dengan hantar memo sahaja? Sepatutnya Memo hanya terpakai untuk urusan dalaman sahaja. Antara unit/bahagian dalam kementerian. Kalau melibatkan pihak luar mesti menggunapakai surat rasmi letter head kementerian.
  2. Guna memo untuk jawab surat = bohong
  3. Nama pegawai ada tetapi jawatan tiada
  4. Nama bahagian pun sebetulnya tidak wujud
  5. Kerajaan Jepun sendiri tidak pernah mengaku pernah membuat jumlah pembayaran pampasan seperti yang dicanang selama ini
  6. Kesimpulannya?
Kami sebenarnya mengikuti isu pampasan RM207 bilion dan memerhati daripada jauh gelagat bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang ini :
Twitter Nizar Jamaluddin Isu Pampasan RM207 Bilion Untuk 30,000 Bekas Buruh Landasan Kereta Api Maut (1942 1946). Fakta @ Auta?
Selepas membaca Twitter Nizar Jamaluddin ini, timbul persoalan seperti di bawah ini dan membuatkan kami tertanya-tanya :
MISC ditubuhkan tahun bila? Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun bila?
Adakah disebabkan Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mahu membantu membela kalangan mereka ini contohnya atas kapasiti politik, secara automatiknya menjadikannya kepada angka RM207 bilion sekaligus menampak satu kejahatan yang melampau di mata rakyat.

Koleksi Gambar & Dokumen Penting Isu Pampasan RM207 Bilion 

Rujuk Sumber Ini


1 comment:

Anonymous said...

orang yang menipu dahlah bodoh....yang pengikutnya lagi bodoh sebab percaya dengan tipu yang terang-benderang salah.

Isu Terkini

get this widget here