SW1M adalah singkatan kepada Suara Wanita 1 Malaysia. Inilah NGO yang bergitu berani dan lantang memperjuangkan kebenaran dan paling menarik SW1M banyak mendedahkan pekung Pakatan Rakyat di dalan banyak siri forum yang telah menjelajah hampir di setiap kampus di Semenanjung Malaysia.
Sesungguhnya SW1M banyak membongkar pekong politik kotor Pakatan Rakyat dan memberi satu paradigma baru yang menyentuh idea permahaman di kalangan warga kampus menjadi lebih matang memahami situasi politik negara
Inilah yang menjadi kebimbangan Pakatan Rakyat apabila ada badan berkecuali berani menjadi seteru mereka dan membawa warga kampus yang sering menjadi target PR untuk menghasut sehingga ketahap aktiviti liar seperti rusuhan ketika siri Bersih.
Kehadiran SW1M bukanlah dapat dibiarkan jika PR mahu menawan Putrajaya. Malah bagi Anwar Ibrahim sendiripun mengharap lebih ramai remaja generasi Y menjadi taksud. Golongan ini paling mudah dipengaruhi PR jika tiada NGO seperti SW1M datang kacau daun.
Itulah silapnya SW1M menjadi seteru kuat kepada Pakatan Rakyat. Kalaulah SW1M menjadi antara NGO menentang kerajaan. Percaya ke tidak yang kalau merusuh seperti rusuhan Bersih 0.3 sehingga anak-anak muda bertindak diluar batas menyerang kereta polis boleh didiamkan dan dihalalkan oleh Pakatan Rakyat?
Ketika hampir menjelang ke PRU13, Pakatan Rakyat akan menyerang siapa sahaja, mensabotaj apa sahaja malah menggadai apa sahaja demi ke Putrajaya. dan SW1M adalah salah satu target yang perlu dihentikan melalui apa jua kaedah! supaya aktivitinya yang aktif di kampus dihentikan. Itulah matlamat sebenar Sharifah Zohra Jabeen yang bekerja keras menjayakan program forum SW1M demi memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara. Bab inilah yang Pakatan marah sesangat!
Jikalah SW1M dihentikan semata satu isu Bawani sahaja. Nampaknya PR berjaya mematikan satu NGO yang aktif membongkar pekung PR. Matinya SW1M bermakna PR melalui Mahasewel boleh terus-menerus meracuni warga kampus untuk taksud dan bersedia untuk mengikut apa jua perancangan PR termasuk aktiviti liar seperti yang pernah berlaku di dalam siri-siri BERSIH.
Banyak hal yang menjadi ketakutan PR termasuk kalaulah PRU13 nanti PR kalah. Anda percaya ke tidak PR amat memerlukan tenaga warga kampus untuk misi mempersoal keputusan PRU13 melalui pengundi hantu? Dapatkah abda agak apa peranan generasi muda ini jika kita bandingkan dengan apa yang telah berlaku dalam siri demostarasi PR?
Kalau kurang penyertaan warga kampus maka kuranglah menyengat bukan?
Oleh itu PecahPalakMikir berharap agar semua pihak memberi sokongan SW1M untuk terus aktif dan buian menghalang perjalanannya hanya kerana mensensasikan isu Bawani semata-mata.
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment